بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Jangan bandingkan rumahtangga anda dengan rumahtangga orang lain. Walaupun
kadang nampak berbunga-bunga diluar , mereka mungkin mengalami ujian yang lebih berat dari anda dan pada masa yang sama mungkin mereka berharap mereka ditempat anda. Setiap perkahwinan ada keistimewaan dan cabaran tersendiri. Membandingkan dengan mereka yang kelihatan lebih bahagia bukan penyelesaian tetapi lebih kepada halangan dan kelemahan, Melihat mereka yang diuji dengan kacamata yang betul akan membuat kita menghargai apa yang kita ada.
Menyebut tentang kekurangan orang lain yang boleh melukakan hati mereka seperti berkata gemok.hodoh, terlalu pendek, orang kenit, kurus kering, hidung besar adalah satu dosa besar.
Rasulullah sollahualaihiwasallam telah melarang kita dari mengunakan kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang. Kita diciptakan oleh Allah swt yang telah menetukan paras rupa dan bentuk kita, walau bagaiman pun kita mestilah berperanan untuk menjaga kesihatan kita sebaik mungkin. Kita tidak boleh menggunakan perkataan yang menghina yang ditujukan kepada seseorang.
Allah swt sangat sayangkan kita , dan dia amat mengetahui siapa yang lebih dekat dengannya dalam ketaatan.
Sebarang salah faham mestilah diselesaikan dengan segera. Makin lama dibiarkan semakin susah untuk dirungkaikan. Jadikan satu tabiat tanpa tangguh untuk menyelesaikan sebarang kesalah fahaman,Ia akan menjadi satu isu besar kalau dibairakan .(Mufti Ismail Menk)
Cubaan dan tribulasi adalah sebahagian dari cabaran kehidupan insan, Walau bagaimana pun untuk
mengatasinya Allah wt telah kurniakan kita satu alat yang sangat hebat - iaitu DOA atau memohon kepada Allah swt untuk membantu dan memohon belas ihsannya bila kita memerlukan . Bahkan kita memang sentiasa memerlukanya pada setiap masa....
Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said: “The dua’ of any one of you will be answered so long as he does not seek to hasten it, and does not say, ‘I made dua’ but I had no answer.’” (Narrated by al-Bukhaari, 5865; Muslim, 2735, from the hadeeth of Abu Hurayrah).
No comments:
Post a Comment