Wednesday, June 19, 2013

Pesanan seorang ibu kepada anak gadisnya.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد






Seorang telah menceritakan kepada saya bahawa dikampungnya ada seorang khatib yang biasanya sebelum menyampaikan khutbah jumaat , beliau akan menjelajah dipasar-pasar dan jalan-jalan disitu untuk meninjau keadaan dikampung itu, agar khutbahnya yang disampaikan nanti hidup dan sesuai dengan keadaan zaman. Ia tidak mahu mengambil bahan khutbahnya dari timbunan buku
yang dibaca dan dikarang sejak berzaman dan tidak bersesuaian dengan keadaan semasa.

Menurut teman saya , pada suatu hari khatib itu seperti biasa keluar menjelajah disekitar kampungnya dengan harapan untuk mendapat suatu tajukyang boleh digunakan untuk khutbahnya. Beliau melihat seorang wanita bersama nak perempuannya  yang sudah dewasa sedang berdiri dihadapan mahkamah syariah, sambil si ibu berkata kepada anaknya:-

" Wahai anakku! inilah mahkamah syar'iyyah yang didirikan oleh kerajaan untuk meleraikan pertlingkahan antar suami dan isterinya.Kalau kamu kelak berbalah dengan suamimu , maka cepatlah datang kemahkamah ini untuk membuat aduan terhadapnya. Maka pihak Kadhi akan membawanya kesini dan menghukumnya dengan memerintahkan nya memberi nafkahatau ditahan dan sebagainya. Jangan kamu bersikap berdiam diri terhadap sebarang kesalahan suamimu. Pintu mahkamah ini sentiasa terbuka dan ia akan membela kamu. Kamu hendaklah sentiasa menuntut sesuatu dari suamimu. Iangatlah sianak akan membesar sebagaiman kamu didik dan suami pula seperti yang
kamu biasakannya, Jangan biarkan dia mengangkat kepalanya , kerana kalau dia terhidu bauan dan ia punya wang maka ia akan kahwin satu lagi. Kalau suamimu menghadiahkan ibunya sehelai baju , maka kamu paksakan dia belikan kepadamu dua helai baju. Kalau dia berkata " untuk apa baju itu, bukan ada siapa yang nak datang dan tidak pula hendak kemana" maka jawab kepada suami engkau
"Aku hidup dirumah ibubapaku begitu......"

Si Khatib tadi telah mengulas nasihat siibu tadi. Katanya:
" Tuan-tuan sekeliantelah mendengar nasihat keji siibu kepada anak perempuannya. Dia telah mengajar sianak itu sejak dari kecil lagi tentang pelajaran menderhaka, menentang dan bersifat keterlaluan."

Itulah nasihat siibu abad kedua puluh. Mari kita mendengarnasihat yang berharga dari seorang ibu  'Arab dizaman silam,iaitu kata kata nasihat yang wajar ditulis dengan tinta emas dan diganrung disetiap rumah. Nasihat yang dipersembahkan oleh stiap orang ibu kepada anak perempuan mereka apabila sianak itu hendak dikahwinkan dengan suami mereka. Kata-kata nasihat itu sebenarnya adalah
hadiah yang berharga dalam barang-barang hantaran yang diterimanya.

Seorang teman saya , penyair Anwar al Attar menceritakan bahawa seorang ahli keluarganya menulis kata-kata nasihat itu dan meletakkan dalam "frame" yang digantung dirumahnya, Nasihat itu dibisikkan kepada setiap pengantin yang terdiri dari kalangan keluarganya yang ternyata memberi kesan yang besar dalam tindak laku dan kehidupan rumahtangga mereka. Tidak syak lagi bahawa pemilihan kata-kata nasihat ini yang dilakukan oleh orang itu menunjukkan minat dan perhatiannya yang besar terhadap budi pekerti yang mulia. Alangkah baiknya kalau langkah tersebut diikuti oleh stiap ibubapa.

Nasihat tersebut disampaikan oleh "Umamah binti al -Harith kepada anak perempuannya "Umm 'Iyas sewaktu ia dikahwinkan.

" Wahai anakku! Kalaulah nasihat dibaikan keran ketinggian budi maka aku tinggalkannya kerana engkau , tetapi ia adalah peringatan untuk yang lalai.Kalaulah seorang wanita tidak memerlukan suami kerana kedudukan ibubapanya ang kaya raya dan pergantungan mereka kepadanya , maka sesungguhnya engkaulah yang tidak perlukan langsung kepada suami. Tetapi wanita dijadikan untuk lelaki dan lelaki dijadikan untuk wanita."

"Oh anakku!Engkau telah meninggalkan suasana yang kamu dilahirkan dan meninggalkan suasana yang kamu dibesarkan kepada "sarang" yang tidak kau kenali dan teman yang engkau tidak biasa. Dengan pemilikannya ia kan menjadi pengawas dan tuanmu. Maka jadilah kamu hambanya dan tidak lama kelak dia menjadi hamba kepadamu.

"Duhai anakku! Dengarlah dariku sepuluh sifat , kelak ia menjadi bekalan dan ingatan iaitu:

1. Berdamping dengan kerelaan.
2. Bergaul dengan penuh taat setia.
3. Memelihara tempat jatuh matanya.
4. Mengawasi tempat penglihatannya supaya matanya tidak memandang sesuatu yang buruk  dari kamu. Ia menghidu hanya bau yang wangi
dari kamu.
5. Menjaga waktu makannya.
6. Tidak bising ketika ia tidur, kerana kepanasan, kelaparan memebara dan gangguan tidur menimbulkan kemarahan.
7. Mmelihara rumah dan hartanya.
8. Menjaga dirinya, anak-anak dan pembantunya. Lantaran memelihara harta adalah penentuan yang baik, Manakala menjaga anak-anak
dan pembantu adalah kelolaan yang baik.
9. Jangan membuka sebarang rahsianya.
9. Jangan mendurhakai perintahnya. Kalau kamu membuka rahsianya , kamu tidak selamat dari ancamannya. Kalau kamu mendurhakai
suruhannya engkau menimbulkan kemarahannya.

" Sementara janganlah melahirkan kegembiraan waktu ia dalam kesdihan . Sebaliknya jangan melahirkan kesedihan waktu ia sedang
bergembira. Justru sikap yang pertama merupakan suatu kekuranagn dan yang kedua mengeruhkan suasana.

" Hendaklah kamu paling bersetuju dengannya .Kelak ia sentiasa mendampngi kamu , Ingatlah kamu tidak akan dapat apayang kamu kehendaki sehinggalah kamu mengutamakan keredhaannya dari keredhaan kamu dan keinginanya dari keinginan kamu- didalam perkara
yang kamu suka atau benci.Allahlah yang akan menentukan kebaikan untuk kamu.

Alangkah murninya nasihat ini, Andainya pihak wanita mengadakan persidangan untuk membantu atau menolong kaum wanita maka tidak ada haduah yang paling suci dan mulia dar kata-kata nasihat yang bernas ini.Kaum wanita patut sangat  menjadikan kata-kata nasihat itu sebagai perlembagaan . panduannya serta melaksanakannya supaya mereka boleh mencapai kebahagiaan dan berjaya. Malah suami mereka juga mencapai kebahagiaan dan kejayaan.



1 comment:

Anonymous said...

Assalaam, Mohon copy utk rujukan...mekasih