بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Ramai yang terkejut dengan sikap tidak mengenang budi sese-tengah pihak, walhal perkara ini ada disebut di dalam Quran:
(Quran 10: 12)
Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.
Ketika beramal, usahlah mengharapkan orang yang dibantu kita akan mengenang budi atau berterima kasih kepada kita.
Semasa beramal, buangkan harapan bahawa orang yang me-nerima bantuan tersebut akan mengingati kita dan mengenang budi, mengingati sejarah bahawa kita pernah membantunya.
Jangan sesekali mengharapkan balasan daripada orang yang dibantu, dalam apa jua keadaan - terutamanya dalam keadaan kita memerlukan pertolongan semula.
Ingatlah beramal dan berbuat baik adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Asalkan kita sentiasa beringat bahawa beramal adalah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang tidak mengenang budi, tidak membalas atau membalas dengan nilai jahat tidak akan dapat melukai hati kita.
Dalam Quran juga disebut bahawa jangan mengharapkan apa-apa balasan daripada orang yang dibantu.
(Quran 76: 9)
(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih.
Ingatlah juga, yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima.
Jika anda memahami bahawa semua makhluk adalah ciptaan Allah, maka anda akan faham bahawa Allah yang akan menilai perbuatan kita dalam membantu makhluk ciptaannya dan bukan orang yang kita bantu.
Jangan berasa susah hati sekiranya tongkat yang diberi sebagai bantuan kepada seseorang akhirnya digunakan untuk memukul kita.
Apa yang nak disedihkan, sedangkan manusia sendiri ramai yang tidak tahu bersyukur terhadap Allah, jadi apakah layanan balasan yang kita nak harapkan? Sekadar renungan.
SENYUM.
Dato tuan Ibrahim tuan man
No comments:
Post a Comment