Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Seorang guru Tadika mengadakan satu permainan untuk murid-muridnya.
Guru tersebut menyuruh setiap murid membawa beg plastik yang berisi beberapa biji kentang.
Setiap biji kentang itu ditulis nama orang yang dibenci oleh murid tersebut.Jadi jumlah kentang yang diletak dalam beg plastik itu bergantung kepada berapa orang yang dibencinya.
Tiba hari berkenaan setiap murid membawa kentang yang tertera nama orang yang dibencinya. Ada yang ada dua kentang, 3 kentang dan ada yang sampai lima kentang. Cikgu kemudian menyuruh murid-murid itu membawa kemana saja beg plstik tersebut walaupun ketandas untuk 1 minggu.
Dari hari kehari kanak-kanak itu mula merungut disebabkan bau kentang buruk yang busuk. Tambahan puala yang ada lima kentang terasa berat bila membawanya. Selepas seminggu permainan pun tamat. Murid-murid pun merasa lega.
Guru itu bertanya " Apa perasaan kamu semasa membawa kentang itu selama seminggu?. Kanak-kanak tersebut meluahkan rasa kecewa mereka dan mula komplen kesusahan yang mereka hadapi semasa membawa kentang busuk tersebut kemana saja mereka pergi.
Cikgu tersebut memberitahu makna disebalik permainan tersebut. Guru itu berkata " Ini adalah keadaannya apabila kamu membawa kebencian terhadap sesorang dalam hati kamu. Busuk kebencian itu akan merosakkan hati kamu dan kamu membawanya kemana sahaja. Kalau kamu tak tahan bau kentang busuk selama seminggu , bayangkan macammana pembusukan akaibat kebencian yang ada dalam hati kamu yang kamu bawa sepanjang hayat????
Pengajaran:
Buangkan rasa benci anda terhadap seseorang dan anda tak akan bawa dosa sepanjang hayat.
Memaafkan adalah yang terbaik.
No comments:
Post a Comment