بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Saya tidak mahu menggunakan ungkapan "Peminangan isteri" sahaja bagimtajuk tulisan ini , suapaya orang tidak menyangka nanti bahawa oarang lelaki sahaja yang mempunayi hak untuk memilih wanita yang disukainya , Sedangkan seolah-olah wanita tidak mempunyai hak untuk
memilih siapa yang disukainya. Tidak, itu tidak benar! Lantaran disana wanita juga mempunyai kata putus untuk meneriam atau menolak orang yang masuk meminangnya.
Sabda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi wasallam.
" Jangan kamu mengahwinkan seorang janda melainkan setelah ia menyuruh, dan jangan mengahwinkan gadis sehingga diminta izin darinya"
Sekiranya berlaku perkahwinan tanpa kerelaan sigadis , maka aqad perkahwinan itu terbatal dan dan ia berhak memansuhkannya,Kepada ayah yang tidak berlaku adil dalam tugas perwalian mereka , ingin saya berpesan bahwa penindasan ang mereka lakukan untuk memilih isteriatau suami membawa akibat buruk yang mungkin mencemarkan kehormatan mereka, Sebilangan besar dari mereka memilih
untuk anak gadisnya atau anak lelakinya orang yang mempunyai kedudukan , yang kaya , walaupun sudah lanjut usianya , atau kepada siapa yang memberikan kadar harta yang banyak. Itu adalah satu kesalahan yang buruk kerana perkahwinan bukanlah perniagaan dan gadis bukanlah barang jualan.
Sehubungan dengan ini ingin saya paparkan dua keadaan yang lazimnya berlaku dalam masa peminangan yang mana satunya terlalu ketat manakala yang satu lagi amat longgar sekali. Kedua-duanya adalah jauh dari islam . Keadaan yang pertama berlaku dikalangan (keluarga )
yang fanatik dan "melampau" yang tidak membenarkan langsung pihak lelaki melihat tunangnya dan menganggap keizinan tersebut mencemarkan kehormatan dan agama. Sikap tersebut adalah salah. Seorang ayah apabila telah pasti yang silelaki itu hendak mengahwinianaknya patutlah
membenarkannya melihat anak gadisnya dalam pakaian yang sopan dan bertemu dengan anaknya bersama dengannya , Silelaki berhak melihat beberapa bahagian lahir badan sigadia secara sepintas lalu supaya berkesan untuk mengabadikan perkahwinan.Sabda Rasulullah SallaLlahu
'alaihi wasallam.
" Pandanglah ia kerana itu boleh mengekalkan antara kamu berdua"
Keadaan yang kedua beralaku semasa dlam peminangan dikalangan (keluaraga ) yang roska akhlaknya yang mendakwa kononnya dia seoarang yang berekmajuan ( padahal ia jauh sekali dari kemajuan itu)- iaitu siayah membenarkan anak gadisnya dalam masa bertunag dan sebelum aqad untuk
menemani tunangnya kepanggung wayang atau untuk bereklah berdua-duaan sahaja . Selalunya diwaktu itu berlaku perkara-perkara yang tidak dingini.
Hal ini adalah akibat dari sikap liar serat sikap "gila-gila" siayah dan ibu, Didalam islam tidak wujud sikap yang terlalu ketat atau terlalu longgar. Yang ada ialah sikap sederhana dalam semua perkara untuk menerima hukum islam yang membawa banyak kebaikan.
Dianatar perkara yang menarik sekali untuk membayangkan kemuliaan serat pandangan jauh agama islam, ialah ketetapan syariatnya yang menharamkan persaingan didalam meminang ( iaitu dilarang seoarang lelaki pergi meminang seorang perempuan yang ia mengetahui orang lain
sudah pun meminangnya). " Jangan sesorang it meminang perempuan atas pinanagan lelakai lain sehinggalah lelaki yang terdahulu itu meninggalkan perempuan itu
atau ia memberi izin kepadanya."
Larangan ini adalah bertujuan untuk mengelakkan permusuhan dan menjauhkan kedua-dua pihak lelaki tersebut dari menyindir pihak lain dan memuji dirinya.Saya menyeru kepada setiap ibubapa supaya bersikap tidak terlalu ketat dalam peminangan , dan supaya mereka memudahkan perkahwinan itu dan
menerima suami yang baik dan aktif.
Sabda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi wasallam.
" Sekiranya kamu didatangi oleh seorang yang kamu redho tentang agama dan budi pekertinya , maka kahwinkanlah ia (anak gadis) . Kalau kamu tidak melekukannya akan berlakulah fitnah dan kerosakan besar dibumi."
Saya menghrapkan akan tiba masanya siayah membenarkan anak gadisnya meminang pemuda yang disukainya dan membenarkan kepada anak gadis itu berkata padanya (sama seperti yang disebutkan oleh anak lelaki) " Ayah,tolonglah ayah , pinangkan pemuda itu untuk saya".Lalu ayahnya
memenuhi permintaan itu dan merundingkan dengan pihak lelaki . Ini adalah sikap progresif dan itu adalah kemajuan yang sebenar.
Itulah apa yang diserukan oleh agama islam dan ia telah dipraktik oleh Sayyidina Umar bin Al Khattab, Sa'id bin Musayyab dan ramai lagi tokoh islam yang lain.
Alangkah baiknya kalau setiap ayah menerima kata-kata yang berterus terang ini dari anak-anak perempuan mereka untuk menghapuskan keburukan dalam negara.
Sebelum saya mengakhiri kata-kata ini , saya turunkan kepada para pembaca sebuah kisah yang memperlihatkan cara peminangan yang menarik seperti
yang diceritakan oleh Abu Na'im dan bukunya "Al hilyah"
Katanya: " Abu Talhah meminang Ummu Sulaim sebelum Abu Talhah memeluk islam."
Ummu Sulaim menjawab: Aku sukakan engakau. Orang seperti engkau tidak kan ditolak. Tetapai engkau seorang kafir, sedang aku pula seorang islam.
tidak harus akau berkahwin dengan engkau."
Kata Abu Talhah: Apa sudah jadi pada engkau Ummu Sulaim?" Apa dah jadi?"
Abu Talhah berkata: " Mana kamu boleh dapat wang emas dan perak ini (Abu Talhah mahu menggodanyadengan emas dan perak)".
Jawab Ummu Sulaim: " Aku tidak perlukan emas dan perak. Engkau seorang yang menyembah benda yang tidak boleh mendengar, tidak boleh melihat dan tidak boleh menolong engkau. Tidak kah kamu malu menyembah batu yang dipahat oleh orang habsyi itu untuk kamu? Kalau kamu memeluk agama islam , itu adalah mas kahwinku. Aku tidak inginkan mas kahwin yang lain!.
Abu Talhah lalu memeluk agama islam dan berlangsunglah perkahwinan diantara keduanya. Begitulah kesedaran yang ditunjukkan oleh wanita islam dizaman awal islam.
No comments:
Post a Comment