Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
By Mahmud mahdi istanbuli
Kanak-kanak mempunyai berbagai naluri. Ia merupakan tenaga yang yang tersembunyi yang bertindak secara sepontan tanpa campur tangan akal fikiran. Naluri ini agak jelas pada binatang . Sebagai contohnya : ikan dan itik , dapat berenang tanpa latihan dan tanpa belajar. Demikian juga apada perlakuan binatang-binatang lain.Seabahagian besar dari tindaklaku kanak-kanak adalah naluri.Sebaik saja ia membesar mulalah ia menceburi naluri membina , menyususn dan menghuraikan segala
sesuatu dan membuka segala alatan yang mendorong setengah ibubapa menyangka - secara salah - bahawa sikap tersebut hanya bertujuan memusnahkan dan beramain tanpa tujuan, Sedangkan kalau mereka meneliti tindak laku naluri itu mempunyai erti dan faedah bagi melatik kanak-kanak untuk meneroka dan mencipta.
Begitu juga dengan naluri beramaindan bergeraka yang dilaksanakan oleh kanak-kanak samaada disukai atau dimarahi oleh ibubapa. Ini kerana ia didorong oleh satu tenaga yang kuat yang dibekalkan oleh Allah subhanahu Wa ta'ala untuk tujuan pemikiran dan jasmani.
Saya percaya tanpa naluri tersebut dan jika kanak-kanak itu mematuhi gesaan ibubapa supaya tidak bermain dan bergerak sudah tentu merela akan menjadi lemah tanpa tenaga dan tanpa akal yang waras.
Para pendidik zaman dahulu bila melihat kanak-kanak membina, merosakkan , melompat dan bermain, mereka menganggap -secara salah - bahawa kanak-kanak itu memang nakal dan patut diajar. Pendidikan yang salah ini telah berjalan utuk beberapa lama dan dalam masa tersebut kanak-kanak telah mengalami berbagai penyeksaan.
Teori ini telah berakhir dari dunia pendidikan. Walau bagaimanapun sikap ini masih menguasai rumahtangga kita dengan sebab kejahilan ibubapa yang amsih menghukum anak-anak mereka kerana bergerak, beramin dan sebagainya. Kalaulah mereka mempunayai sedikit pengetahuan mengenai asas pendidikan dan ilmu jiwa sudah tentu mereka akan menghentikan tindakan mereka dan menggalakkan anak-anak mereka untuk bermain.
Kiranya ternyata sebahagian dari naluri itu membawa kepada kecederaan seperti naluri berkelahi , maka ia boleh disalurkan kepada perlawanan dan tinju denagn tujuan untuk melepaskan naluri itu secara yang sesuai dengan pendidikan.Tindakan menehan naluri itu dari dilakukan akan menyebabkan 'Tekanan" (tension) kepada kanak-kanak yang kebiasaannya membawa kepada melarikan diri daripada kelurga , memendam perasaan ingin menuntut bela dan mungkin membawa kepada gila.
Diantara naluri yang ingin kita bincangkan secara lebih lanjut ialah naluri "ingin tahu" yang muncul pada kanak-kanak dalam peringkat umur empat tahun dan berterusan untuk beberapa peringkat dalam hidupnya mengikut sejauh mana galakan yang diterima dan apa yang dilihat dari kejaidan-kejadian yang berlaku disekelilingnya.Diperingkat ini kanak-kanak akan bertanya ibubapanya atau saudara-saudaranya benda-benda yang tidak difahami. Untuk menegtahui sesuatu perkara juga ia kadang-kadang memanjat kerusi dan dinding bagi memuaskan nalurinya dan untuk mengetahui rahsia alam ini.
Kanak-kanak yang berbahagia ialah mereka yang dibesarkan dikalangan keluarga yang berpelajaran yang melayari kehendaknya serta menjawab pertayaannya dengan senang hati dan lapang dada. Malah mereka lazimnya didedahkan kepada benda-benda serta objek-objek yang boleh menimbulkan nalurinya dan mendorongnya untuk bertanya , mengkji serta mendorongnya untuk meneroka
dan mencipta.
Agak malang bagi kanak-kanak kita yang dikuasai dan ditindas nalurinya. Bila ia bertanyakan sesuatu atau bila ia banyak menyoal ia diejek dan disakiti. Lalu malaplah naluri ingin tahunya.Dengan itu banyak kebaikan yang tidak dapat dicapai dan negara kerugian daya cipta dan penemuan baru.
No comments:
Post a Comment