Sunday, July 14, 2013

Kanak-kanak dan kepercayaan.

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد




By - Mahmud Mahdi Istanbuli


Cara membentuk perasaan .

Agamayang benar mempunyai pengaruh bagi membimbing manusia yang diperlukan dalam kehidupan ini, sedang akal fikiran pula tidak mampu dan sentiasa terpengaruh dengan hawanafsu.Menurut seorang ahli falsafah ' manusia tanpa akidah merupakan ancaman tehadap diri dan masyarakatnya."Kanak-kanak menerima Aqidah dalam suasana sekitaran mereka samaada dirumah atau disekolah. Cara untuk menyemai kepercayaan agama dinegara kita tidaklah terjamin. Lebih-lebih lagi diperingkat remaja. Justru itu patut diperkuatkan 'aqidah ini selepas ia melalui eringkat meniru dan mengikut teladan , iaitu melalui pemikiran , perbincangan dan penelitian terhadap kejadian
kejadian yang ajaib didunia ini.Cara tersebut adalah sebaik-baik cara untuk mencetuskan keimanan didalam hati kanak-kanak kepada Allah subhanahu wa ta'ala. Juga terhadap kebesaran serta keagungannya.

Apa yang perlu saya ingatkan disini ialah kanak-kanak hendaklah dielakkan dari ditakutkan terhadap  Allah subhanahu wa ta'ala sebagai penuntut bela yang garang yang menyeksa kanak-kanak dalam neraka atas kesalahan mereka. Tanggapan gambaran ini akan membawa kepada natijah yang tidak baik.
Soalnya bagaimana cara untuk menanmkan ' aqidah terhadap agama yang benar kedalam diri kanak-kanak? Hal ini memerlukan tiga peringkat yang telah disarankan oleh para cendikiawan untuk tujuan membentuk atau menanam "aqidah" dan "sentimen" samaada berupa patriotik, sosial dan emanusiaan.

Persoalan ini telah say sentuh dibeberapa tempat. Peringkat tersebut ialah:

1. Memahami dan mempercayai , iaitu denagn menimbulkan fikiran dan pandangan yang meyakinkan mengenai kepercayaan yang hendak diterapkan dengan menerangkan faedahnya untuk individu dan masyarakat serat kesan-kesan buruk kalau ia diabaikan.


2. Menimbulkan minat dan kecenderuangan iaitu denagn mencetuskan perasaan dan minta dikalangan pendengar kearah matlamat pembentukan kepercayaan tersebut.

3. Melatih dan membiasakannya (iaitu dengan mengadakan latihan dan kebiasaan sekitar kepercayaan itu).Sebagai contohnya , untuk menyemaikan kepercayaan beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada kanak-kanak bolehlah kita mulakan dengan bercerita kepada mereka mengenai alam yang ajaib ini, keindahan yang mempesonakan dan susunannya yang rapi lagi teliti.
Kemudian disebutkan tentang pencipta yang agung yang menjadikannya.Kemudian ditimbulkan semangat kanak-kanak tersebut dalam semua kesempatan mengenai tuhan serta kasih sayangnya kepada manusia dan segala makhluknya dengan menganugerahkan nikmat yang
tidak terhingga banyaknya khususnya kepada kanak-kanak yang menaruh perasaan kasih terhadap ibubapa mereka atas didikan mereka.Kemudian disebutkan segala yang disediakan oleh  Allah subhanahu wa ta'ala untuk hambanya yang beriman berbagai nikmat dan kebaikan Hari qiamat kelak iaitu nikmat didalam syurga.

Selepas itu kanak-kanak dilatih dan didorong untuk melakukan perbuatan serta kebiasaan-kebiasaan secar individu atau kumpulan untuk menguatkan kepercayaan itu. Dalam hubungan ini syara' telah menyusun perbuatan tersebut secara yang paling menarik iaitu melalui ibadah semabahyang dan lain-lain ibadah. Melalui gerakan -gerakan didalam sembahyang boleh mencetuskan perasaan tunduk
dan menghormati Allah subhanahu wa ta'ala dan sentiasa mengingatinya.

Justru itulah agama islam mengesa supaya ditunaikan iabadah sembahyang dan meyarankan supaya melatih kanak-kanak bersembahyang sejak kecil dan tidak bersikap sambil lewa terhadap mereka dlam soal ini.

Sabda Rasulullah sollahhualaihiwasallam

" Suruhlah anak kamu sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerananya dalam usia sepuluh tahun dan asingkan 
tempat tidur mereka ( Syaratnya pukulan itu mestilah merupakan langkah terakhir dan dengan perlahan).

Satu perkara yang penting yang harus diinagta dalam usaha untuk menyemaiaqidah agama ini, henadaklah diajauhkan dari kanak-kanak dan para pemuda dalam peringkat awal mereka setiap perkara yang boleh menimbulkan keraguan dan perdebatan sehinggalah iman mereka
kukuh terhadap Allah subhanahu wa ta'ala.

Sebelum ini telah kita etrangkan cara menyemai kepercayaan agama . Demikian juga caranya untuk menyemai perasaan patriotik,semangat sosial, perasaan kemanusiaan dan lain-lain lagi.

No comments: