Wednesday, July 3, 2013

KEMAHIRAN MENJADI IBU.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


Mungkin ramai akan bertanya : "Apakah untuk menjadi ibu perlu kepada kemahiran? Tidak cukupkah sekadar ia boleh memeberi makan dan minum dan menjada anaknya?" Bertenanglah, jangan terburu-buru bertanya . Sebenarnya jika sudut kebendaan semata-mata yang diutamakan maka sesungguhnya haiwan betina lebih pandai menjalankannya dari wanita sendiri. Binatang-binatang itu- dengan naluri yang dikurniakan Allah kepadanya bertindak memberi makan kepada anak-anaknya, menjaganya serta melatinhnya untuk hidup secara sedikit demi sedikit . Kita sering melihat bagaimana burung mengajar anaknya terbang dari dahan yang dekat kemudian jaraknya dijauhkan.Ibu Burung akan memarahi anaknya kalau dia cuai.

 Sikap seperti ini jarang kita temui dikalangan ibu-ibu yang mendidik anak-anak mereka dengan manja , kelak apabila membesar menjadi orang yang bergantung kepada orang lain dan lemah sepanjang hayat mereka.Sebenarnya sifat keibuan merupakan satu seni kemahiran yang tidak dapat ditandingi oleh kemahiran yang lain lantaran memandangkan kepada kepentingan serta kesukarannya.Para pelukis umpamanya berperanan untuk meniru alam tabi'e dan mencipta contoh yang kaku dengan menggunakan warna yang tidak berubah tabiatnya.

 Begitu juga tabiat contoh yang hendak ditiru itu pun tidak berubah. Sedangkan anak kecil mempunyai jiwa yang plelik yang sentiasa berkemabnag dannberubah disamping memelihara kewujudannya. Mereka patuh kepada peraturan yang rumit serat percubaan-percubaan yang banyak . Untuk menyelami dunia kanak-kanak diperlukan kajian yang teliti dan kerjasama yang berterusan dengan anak itu. Selain dari itu seorang ibu yang sebenar memerlukan peribadi yang bukan terlalu "lembut" tetapi tidak pula menindas. Ibu yang baik ialah yang mampu berfikir , menjaga ,mentadbir serta mengerti tanggungjawab serta yang menyedari kedudukannya.

 Duhai para ibu! Anak yang anda didik itu merupakan suatu "makhluk" kesenian yang paling indah dan buah tangan anda yang abadi. Sebarang kecuaian dari anda mungkin menjadikan anak anda itu umpama syaitan yang buas dan sebarang perhatian dari anda menjadikannya seorang pahlawan mulia. Jadi telitilah apa yang anda lakukan . Maka alangkah baik kalau setiap ibu memikirkan betapa penting ia meluaskan pembacaannya untuk dia meluaskan pengetahuan nya sebagai seorang ibu. Semua ini tidak beralaku natijah dari kelemahan kurikulum pendidikan yang dipelajari oleh gadis-gadis disekolah. Mereka mempelajari Algebra, kejurutreaan (dengan pelbagai macam tekatekinya ). Sejarah kuno (dengan segala kedangkalannya) gegrafi dan lain-lain mata pelajaran yang tidak berfaedah dalam kehidupan tanpa ada usaha untuk mendedahkan mereka kepada seni atau kemahiran sebagai ibu dan keperluannya dari segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, percubaan serta ujian yang meluas.

 Kurikulum yang diajar sekarang menyebabkan mereka sibuk dengan tugas yang tidak sesuai untuk mereka memikulnya. Disamping mereka jahil akan tugas sebagai seorang ibu dan memandang jijik kepada tanggungjawab mendidik yang difikirkan sesuai untuk diserahkan kepada orang gaji sahaja. Mereka sebaliknya menumpukan perhatian untuk menyaingi lelaki dan berganding bahu dengan mereka disalon (kedai gunting) atau didalam makmal, tanpa menyedari atau sengaja tidak mahu menyedari bahawa dunia barat telah melalui peringkat tersebut yang telah menyebabkan kanak-kanak terbiar serta kehidupan mereka sempit walau ia sebenarnya cukup luas.

No comments: