Tuesday, July 9, 2013

WANITA ARAB TIDAK BERDIKARI.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد





Kita dapati orang asing dinegara ini bersaing dengan orang Arab dengan menjual barangan yang lebih murah harga daripadanya.Banyak orang mengatakan langkah tersebut tamak. Tetapi andainya mereka mengkaji mereka akan mengetahui sebabnya iaitu isteri orang asing itu seratanak-anak perempuannya , disamping mereka berniaga mereka mebuat kerja -kerja sampingan seperti menekat, menenun dan menjahit. Malah mereka membantu pekerjaan suami atau ayah mereka sehingga ia dapat menjual
barangan itu dengan harga yang paling murah.

Sedangkan kebanyakan isteri orang arab dan anak=anak gadisnya bergantung penuh kepadanya. Mereka menghabiskan masa dengan mengumpat , menerima tetamu ( tanpa tentu waktu -p) dan menonton filem. Dengan sebab itu kita dapati ia selalunya tidak dapat menjual dengan harga yang murah kerana terpaksa menampung kehidupan " satu batalion" anak-anaknya. Yang demikian adalah didikan yang salah dan lemah serta bertentangan dengan citarasa yang sempurna. Malah bertentangan
dengan ajaran islam.

Terdapat dalam hadis . Sabda rasulullah sollahualaihiwasallam

" Ajarilah anak lelaki kamu berenang dan memanah dan hiburan wanita yang paling baik ialah kayu penenunnya.

Sayyidatuna Aishah pernah berkata:

"Kayu tenunan ditangan wanita lebih mulia dari lembing pejuang dijalan Allah......"

Ini ialah kerana pedang pejuang itu tidak mencukupi kalau ia tidak disediakan  dengan bekalan yang biasanya disediakan atau patut disediakan oleh wanita.

Saya tidaklah mengatakan yang wanita harus keluar meninggalkan rumah untuk bekerja bersama lelaki , tetapi saya menyeru wanita menjalankan perusahaan-perusahaan ringan . Disamping menjalankan kerja-kerja rumahnya untuk meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh lelaki.

Apabila anak lelaki dilahirkan seluruh keluarga menyambutnya dengan gembira , tetapi apabila anak perempuan dilahirkan dirumah bagaikan ada kematian. Sikap yang dilarang oleh syara' ini ada sebabnya. Justru kiranya sebuah keluarga mendapat anak perempuan semua orang menelah ia membawa kemiskinan kerana terpaksa bergantung dengan orang lain. Sementara apabila
anak lelaki dialahirkan semua orang gembira kerana semuanya "optimis" ia akan membawa kebahagiaan dan ketenteraman.Adalah wajar sekali untuk kita mendidik anak-anak perempuan dengan didikan yang sempurna bagi membolehkannya bergantung atas dirinya dan dapat membantu kaum lelaki.

No comments: