Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
By Mahmud Mahdi Istambuli
Banyak
perbincangan mengenai tajuk diatas sejak beberapa tahun dahulu khususnya
apabila salah seorangMenteri Kerajaan Republik Arab bersatu (Mesir) menyebutkan pentingnya dijalankan
pernacangan keluarga di Mesir.Segolongan ulama telah menjawabdan menolak
saranan termasuk mufti Mesir. Walau bagaiman pun saya tidak menemui suatu yang
memuaskan dalam jawapan tersebut yang menjelaskan hikmat syariat islam dan
pandangannya yang tegas teantang persoalan yang penting itu.
Rasulullah
sallaLlahualaihiwasallam pernah ditanya tentang tindakan menumpahkan air mani
suami diluar kemaluan isterinya. Maka jawab baginda :
“Itu adalah
pembunuhan anak yang tersembunyi” (Hadith tersebut dikeluarkan oleh Tarmidzi
dan lain-lain).
Ada sebahagian
ulamak mengatakan perbuatan tersebut harus berdasarkan hadith yang diriwayatkan
oleh Jabir yang dipetik oleh Muslim dan lain-lain lagi katanya:
“Kami melakukan dizaman Rasulullah dan al
Quran (wahyu) masih turun”
Menurut ulamak Jabir tidak mengetahui tentang larangan
tersebut tetapi ia diketahui oleh orang lain.
Juga kedapatan sebuah hadith yang lain yang diterbitkan oleh
Ahmad,al-Tarmidzi dan al –Nasa’I dengan sanad dari kalangan yang dipercayai ,
katanya:
“Berkata Rasulullah
saw tentang perbuatan itu “Kamu menjadikannya!Kamu yang memeberi makan.Letakkan
ia ditempatnya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah takdir”.
Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut sebahagian
‘ulama’ fikah mengharamkan perbuatan menumpahkan mani suami diluar kemaluan
isteri. Sementara segolongan yang lain menganggap nya makruh dengan syarat
direlai oleh kedua suami isteri. Pandangan Imam Al ghazalai dalam bukunya Ihya
ulumiddin menyebutkan perbuatan itu harus. Kata-kata itu tertolak dengan
wujudnya hadith-hadith tadi. Ijtihad tidak dipakai bila ia bertentangan dengan
nas.
Perbuatan menumpahkan mani suami diluara kemaluan isteri
adalah serupa dengan merancang kelurga yang persoalannya ditimbulkan di Mesir .
Samaada ia haram atau makruh maka keperluan Darurah mengharuskan yang dilarang, Tetapi darurah
itu ditentukan mengikut keperluan . Bagi saya ia sama dengan perancang
keluarga dalam situasi berikut.
- Ketika tidak mungkin
lagiditingkatkan pengeluaran tempatan.
- Apabila tidak boleh
dikurangkan penggunaan (consumption).
- Apabila sukar untuk
dipindahkan kenegara yang lebih luas.
- Apabila tidak ada
kemampuan untuk mengimpot barangan darai luar kerana bimbangkan pengaruh
asing dan ketiadaan kemasukan pendapatan Negara.
- Ketika tidak dapat dicegah
sikap membazirdari individu, rakyat dan kerajaan dan tidak wujud galakan
rancangan ekonomi, rancangan pertanian dan sebagainya.
Tetapi memandangkan bahawa lebih
lebih dari separuh Negara islam belum lagi diterokai denagn segala potensinya ,
memandangkan bahawa penjaga sekolah hari ini hidup lebih hebat dari para
sahabat yang berjuang , dan memandang kan bahawa peluang untuk berhijrah
terbuka luas kenegara-negara Arab serta memandangkan bahawa kita mengimpot sebahagian besar barangan mewah dari Negara
luar dan kita membiarkan orang kaya memeonopoli
makanan , pelaburan ,pekerja dan simapanan orang ramai serta tidak mengeluarkan
zakat dan sebagainya- sehingga golongan miskin dapat mengisi perut dan
kemiskinan dapat dihapuskan , memandangkan bahawa gandum yang dikeluarkan oleh
Negara Arab (sebagai makanan utama) lebih daripada keperluannya dan
memandangkan bahawa sebahagian dari hartwan kita dibenarkan membenamkan serta
menyimpan harta mereka dengan mendirikan bangunan pencakar langit-selagi adanya
semua ini , maka tuntutan untuk merancang keluarga adalah tuntutan yang tidak
wajar. Lebih-lebih lagi kita sekarang ini sedang dilenkungi oleh musuh dari
segenap sudut yang memerlukan ditambah bilangan penduduk dan memberikan
perhatian kepadanya.
Pada suatu masa dahulu bilangan
penduduk dinegara-negara Arab dan islam berlipat ganda dari bilangan sekarang,
Mereka hidup bahagia dan kita tidak bersua sungutan mengenai kekurangan
pengeluaran.
Mari kita berusaha
bersungguh-sungguh . Timbuslah lautan dan tingkatkan pengeluaran dengan
bilangan penduduk yang bertambahseperti yang telah dan sedang dilakukan oleh
Negara Belanda.
Tambahkan bilangan sekolah
kerajaan disamping sekolah swasta , untuk menambahkan bilangan pekerja dan
jangan mengeluarkan tenaga yang lemah dan berserah pada nasibdari
sekolah-sekolah tersebut. Dirikan kilang-kilang baru supaya kita tidak perlu
lagi mengimpot dari luar. Lindungi harta orang ramai dengan menentang golongan
pemboros dan orang-orang yang bertindak bodoh.
Tingkatkan rasa kasih sayang
antara kita. Ambil dari orang-orang kaya yang kikir hak orang-orang miskin dan
berikan kepada mereka. Kesempitan yang kita alami adalah berpunca dari
kemalasan, perlakuan maksiat, kelemahan serta kezaliman social yang kita
jalani, disamping kurang persediaan kita menyebabakan kita lemah dan orang asing
menguasai kita . Mereka merompak pengeluaran penting kita dan mereka
memaksa kita membeli barang-barang pengeluaran mereka dengan harga yang tinggi.
Alangkah wajar selepas sengsara
ini , kita sedar dari kelalaian kita . Alangkah banyak iktibar yang boleh
diambil tetapi alangkah sedikit orang yang mengambilnya.
Kempen perancangan keluarga adalah
pakatan jahat pihak penjajah untuk melemahkan bangsa Arab dengan tujuan untuk
memajukan Barat yang menggesa ditingkatkan penduduknya sendiri, walaupun
bilangan penduduknya sudah ramai seperti Amerika Syarikat dan lain-lainnya.
No comments:
Post a Comment