Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
By -Mahmud Mahdi Istanbuli
MENGABAIKAN DIDIKAN MEMBAWA KEROSAKAN AKHLAK.
Ramai ibubapa yang menyangka bahawa
peranan mereka terhadap anak-anak terbatas sekadar melahirkannya kealam
ini. Kemudian menghantar mereka kesekolah , yang bertanggungjawab mendidik
serta memberi pelajaran kepada mereka. Pandangan tersebut sebenarnya dilihat
salah satu dari dua aspek, iaitu:
•
Pendidikan merupakan tugas penting suci bagi
ibubapa . Ia merupakan kekuatan yang menjamin kebhagiaan mereka dan anak-anak mereka. Mengabaikan didikan tersebut
menjadikan anak-anak mereka umpama senjata yang boleh menghancurkan rumahtangga
dan anak-anak.
Madah penyair:
“
Mengabaikan didikan anak satu jenayah yang membawa kesengsaraan ibubapa.”
Tersebut didalam sebuah hadith:
“Dampinglah
anak-anak dan didiklah mereka dengan baik”
•
Pergantungan ibubapa hanay terhadap sekolah semata-mata dalam
mendidik anak-anak adalah tidak kena pada tempatnya, kerana biasanya institusi
ini mengabaikan hal ini (sedangkan ia
adalah tanggungjawabnya yang besar). Ia
membetaskan usahanya untuk menyampai dan mempastikan murid-murid menghafal apa
yang terkandung didalam buku.
Akibat dari mengabaikan didikan ini-samada dari pihak rumahtangga atau
sekolah –akan timbul natijah yang buruk iaitu keruntuhan moral yang melanda
masyarakat kita. Apakah tidak ada orang yang mahu mengambil pengajaran
daripadanya?
No comments:
Post a Comment