Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
KANAK-KANAK BAGAI
KELOPAK BUNGA YANG PERLU DIJAGA..
By : Mahmud mahdi istanbuli
Ramai ibubapa tidak memahami jiwa kanak-kanak dan juga tidak memahami
peraturan dan prinsip pengajaran. Mereka ingin cepat mengajar anak-anakmereka
dengan merayu kepada guru-guru supaya cepat mengajar anak-anak mereka.
Atau mereka mengadu kepada guru bahawa anak-anak mereka sudah lama tidak
menghadam pelajaran ,tanpa menyedari kanak-kanak itu sebagai “kelopak bunga “
yang perlu diambil kira tentang masa dlam kesuburan serta pengajarannya.
Pengajaran yang diberi dengan cepat yang tidak sihat akan membawa natijah yang
buruk, akan melemahkan badannya, merosakkan pemikirannya dan menjejaskan
kekuatan tenaganya.
Saya pernah menemui kanak-kanak yang diberikan pendidikan sedemikian
oleh ibubapa mereka yang tidak tertanggung oleh anaknya. Saya lihat mereka
tidak begitu siuman serta sianr hidup mereka hilang dari wajahnya. Mereka
membenci kehidupan dan mengalami ketegangan perasaan.
Saya tidak menafikan bahawa sistem pendidikan mengikut umur sudah
berubah. Sebelum ini mengikut kepercayaan
tradisi bahawa kanak-kanak tidak patut dihantar kesekolah dan diajar
asas-asas bacaan , tulisan dan mengira sebelum berumur empat tahun. Tetapi Dr.
Monteasory telah mengubah pandangan tersebut dan beliau berjaya mengajar kanak-kanak semua
asas-asas tersebut , iaitu selepas kanak-kanak tersebut berumur lima tahun.
Dalam peringkat itu mereka akan mempelajari kaedah pembelajaran yang menarik.
Justru itu ketika saya menggesa supaya kanak-kanak tidak diajar terlau
cepat , saya tidak memaksudkan dari segi umur. Apa yang saya maksudkan ialah
dilambatkan dan diberikan tempoh yang mencukupi kepada yang menyelai pedidikan
kanak-kanak.Adalah tidak munasabah untuk menghantar anak-anak kita ketadika
dalam umur yang masih muda . Kemudian kita menyalahkan pula guru yang gagal
membuatkan anak-anak kita pandai membaca . menulis dan mengira, selepas
seminggu atau sebulan. Malah mungkin ibubapa itu akan mengambil guru tuition
untuk mengajar anak mereka selepas mereka pulang dari sekolah dan dalam waktu
lapang mereka, tanpa memberikan ruang kepada anaknya berehat dan bermain.
Yang peliknya ibubapa yang berhasrat mengajar anak mereka dengan cepat
itu bersikap keras dan melayani anak-anak mereka dengan kasar untuk memebolehkan anak mereka : melangkau
kelas” , meskipun persediaan mereka tidak mencukupi, yang kelak membawa kepada
natijah yang tidak baik.
Pendidikan yang bersifat terlalu terburu-buru ini akan melesukan
kanak-kanak dan mendedahkan mereka kepada
berbagai penyakit saraf akibat sellu menerima tekanan dan siksaan.
Dalam hubungan itu Jean Jacqque Roasseau
, seorang ahli falsafah yang terkenal , ada berkata “Kita tidak boleh memaksa nature , Tetapi kita harus mengikutnya,
menghormatinya dan mematuhi peraturan ilahi yang terdapat padanya.” Kiranya
kita tidak mengambil perhatian mengenai rahsia ini , maka kita adalah bagai
orang yang meletakkan buah-buahan dalam dapur
dan dibawah jerami supaya buah itu masak cepat, sedangkan buah itu
sendiri sudah hilang banyak sifatnya.
No comments:
Post a Comment