Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
By Mahmud mahdi Istanbuli
BERHATI-HATILAH
PARA SUAMI DARI “ CINA BUTA”
Agama islam merupakan perceraian dalam
keadaan tertentu yang sukar untuk dikekalkan perkahwinan.
Saya akan bincangkan selepas ini ,
mengenai hikmat dan kaifiatnya secara lanjut.
Ingin saya sentuh disini mengenai
kemungkinan suami merujuk semula isterinya , selepas talak pertama
Dan kedua.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud:
“Talak yang dapat dirujuk dua kali.
Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang makruf atau menceraikan dengan
cara yang baik.”
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud:
“
Kemudian jika suami menceraikannya (sesudah talak yang kedua ) maka perempuan
itu tidak halal lagi baginya sampai dia berkahwin dengan suami yang lain.
Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya , maka tidak ada dosa bagi
keduanya (bekas suami pertama dan
isteri) untuk kahwin kembali, jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan
hukum Allah.”
Dalam ayat tersebut quran menarik
perhatian supaya perlu berhati-hati selepas perceraian kali kedua iaitu samaada
dipegang secara baik atau dilepaskan dengan baik, Lantaran apabila jatuh talak
yang ketiga , maka berlakulah perpisahan .Batallah hak merujuk kecuali dengan
syarat yang sukar bagi orang yang bermaruah, iaitu selepas siisteri itu
dikahwini lelki lain secara yang syarie- yang tidak boleh dijalankan kecuali
dengan syarat-syarat berikut:
- Edah dari suami
pertama.
- Aqad bagi
perkahwinan baru dan berlaku persetubuhan yang sebenar. Hal ini
berdasarkan firman Allah subhanahu wa Ta’ala:
“Sehingga siisteri itu mengahwini
suami selainnya.”
- Talak dari
suami kedua dengan kerelaan.
- Edah si isteri
dari suami kedua.
Penyelesaian ini sebenarnya mempunyai dua
hikmat:
- Mengingatkan
suami pertama dengan talak ketiga yang boleh memisahkannya dari
isterinya,kecuali setelah si isteri itu berkahwin lain.
- Apabila berlaku
perkahwinan yang kedua kemudian berlaku perceraian denag kerelaan sumai
yang kedua secara tabi’i- (dan ini sukar berlaku) atau suami kedua itu
meninggal dunia , maka suami pertama berhak mengahwini isterinya semula
untuk memulakan penghidupan baru setelah mendapat pengajaran yang pahit
tadi.Apabila siisteri diceraikan oleh suami kedua, dia akan menyedari
perangainya yang menyebabkan dua orang suami menceraikannya, Dengan itu
dia akan cuba membaiki perangainya . Sekiranya suami keduanya meninggal
dunia maka suami yang pertama tentu
akan menyedarai kesalahannya kerana isterinya telah hidup rukun damai
dengan suaminya yang kedua. Dengan itu ia terpaksa memperbaiki diri dan
perangainya.
Itu adalah hikmat yang paling tinggi
kerana kalau tidak percerian akan menjadi mainan hidup. Kalu sekiranya isteri
itu haram dikahwini seumur hidup oleh suami pertama, ia akan mebawa penipuan
dan mungkin mendorong kepada perhubungan yang tidak halal.
Dalam hubungan ini ada sesetengah pihak
yang jahil telh menggantikan pengajaran yang pahit keatas suami supaya dia
tidak melafazkan lagi lafaz talak . Mereka menggantikannya dengan satu cara
yang hampir dengan zina , yang peliknya mereka mempergunakan agama. Sedangkan
agama tidak ada kaitan pun dengannya. Malah ditentang keras oleh agama. Caranya
ialah apabila seorang suami telah melfazkan cerai untuk kali ketiga , mereka
menceri seorang lelaki yang tidak bertujuan dan berniat untuk berkahwin .
Mereka kahwinkannya dengan isteri yang ditalaktiga tadi dengan niat untuk
kahwin satu malam sahaja. Apabila malam itu dihabiskan dengan si isteri itu
maka diceraikannya untuk suami yang pertama .
Cara ini adalah perlakuan zina , dipandang
dari beberapa sudut. Antaranya:
- Tidak ada niat
untuk berkahwin terus menerus.
- Tidak berlaku
edah wanita dari perkahwinan pertama.
- Ada
sesetengahnya membataskan perkahwinan lelaki “cina buta “ untuk dengan
beraqad sahaja tanpa melakukan persetubuhan . Ini bertentangan dengan apa
yang dikehendaki oleh Al quran dan
Al –Sunnah.
- Si isteri
kembali kepada suami pertama tanpa berakhir Edahnya.
Sabda Rasulullah sollahhu alaihiwasallam:-
“
Allah melaknat lelaki cina buta dan suami pertama.”
Berkata “Uqbah bin Nafi’ bahawa Rasulullah
sallahualaihiwasallam telah bersabda :
“
Mahukah aku beritahu menegnai kambing jantan yang dipinjamlkan? Kata sahabat ,
“ya , wahai rasulullah: Jawab baginda “ itulah lelaki cinn buta Allah
melaknatkan lelaki cina buta dan suami pertama.”
Menurut hadis Ibn Umar dalam zaman
Rasulullah sallahu alaihiwasallam, mereka menganggap perbuatan cina buta sebagai
“perzinaan” Sayyidina Umar al Khattab pernah berkata :
:
Kalau aku bertemu dengan lelaki cina buta dan suami pertama nescaya akan ku
rejam mereka.’
No comments:
Post a Comment