Monday, October 7, 2013

MASAALAH PENDIDIKAN SOSIAL DIDUNIA ARAB

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد


 

 By Mahmud mahdi Istanbuli

 KEPERLUAN KITA KEPADA GENERASI BARU YANG KUAT , BERFIKIR DAN BERCITA-CITA TINGGI.

 Satu lagi perkara baru yang timbul dinegara-negara Arab disamping masalahnya yang banyak , ialah masalah kanak-kanak. Tidak banyak orang yang memikirkan mengenai masaalah ini atau memberikan perhatian yang sepatutnya . Sedangkan ia tidak kurang penting dari masaalah-masalah lain. Kanak-kanak Arab hari ini mengalami berbagai kesulitan dalam hidupnya.
 Mereka samaada dididik oleh ibu yang jahil , yang buta huruf serta yang berusaha menjadikannya seorang yang penuh rasa takut, bodoh, beku dengan prinsip-prinsip atau pun dididik oleh ibu yang berpelajaran dengan semacam ilmu (keculai ilmu yang dapat memberi faedah didalam mendidik anak-anak) . Manakala pusat pengajian tinggi kita sekarang telah mengeluarkan para peguam wanita, doktor , jurutera dan guru tetapi ia tidak menyediakan ibu-ibu yang sebenar. Mungkin ada orang yang berkata , Kita sudah ada Fakulti Pendidikan di Universiti Syria, tetapi ingin saya jelaskan pendidikan bukanlah suatu pengkhususan sahaja, seperti yang kita fikir,
Malah ia merupakan prinsip-prinsip ilmu dan kemahiran yang perlu dipelajari oleh semua lelaki dan wanita , disamping pengkhususan yang mereka ambil. Inilah yang mendorong pengenalan prinsip-prinsip pendidikan dan psikologi berbentuk amali disekolah-sekolah menengah rendah.

 Alangkah baiknya kalau cadangan ini (seperti yang selalu kita kata dan anjurkan) kiranya ia didokong oleh para cendekiawan an pihak yang bertanggungjawab dan menggesa supaya dilaksanakan dalam suasana dimana kita memerlukan generasi yang kuat , berfikir dan bercita-cita tinggi. Generasi yang dapat memikul tanggungjawab terhadapa negara Arab yang lebih luas.

Pendidikan kanak-kanak sekarang ini , biasanya merupakan tugas individu dikalangan kita. Ia telah mendorong sebahagian besar dari ibu-ibu tercampak dalam arus tamaddun moden , yang sihat dan tidak sihat. Menyebabkan kanak-kanak mengeluh mengadu tentang zaman ini , yang disebut oleh orang-orang Barat sebagai “ zaman kanak-kanak:.

 Sementara sebahagian besar wanita kita menyebut sebagai “zaman fesyen dan hiasan”. Saya rasa disini patut saya gariskan dalam tulisan saya yang akan datang mengenai perlembagaan hak kanak-kanak seperti yang digambarkan oleh islam, yang telah mewujudkan hak-hak kemnusiaan sejak emapat belas abad dahulu.

Semoga setiap ibubapa dapat mengambil faedah daripadanya bagi menambah pengkajian mereka mengenai kanak-kanak serta perhatian terhadapnya, sebelum kita menghadapi kerugian yang besar terhadap “harta kekayaan” yang berharga ini- yang kini nampaknya hak-haknya dipermain-mainkan dengan sewenang-wenangnya.

No comments: