Tuesday, November 19, 2013

KELUARGA DAN MASA LAPANG.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




Oleh : Mahmud Mahdi Istanbuli

Masa lapang adalah persoalan penting yang jarang difikir dan diberikan perhatian, khususnya dikalangan kanak-kanak dan muda mudi. Ia merupakan diantara punca penderitaan serta terjerumusnya mereka kelembah keburukan.
Menurut majalah “Reformasi social” bilangan enam (hal 9-56) ,” kajian yang dilakukan di Barat menunjukkan bahawa kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah , biasanya kenakalan mereka bermula dengan sebab masa lapang yang panjang yang mereka hadapi. Sementara itu lebih dari sepuluh kanak-kanak yang melakukan kesalahan disalah sebuah Negara yang dijalankan penyelidikan , mereka menerangkan ketelanjuran yang mereka lakukan bermula apabila mereka mencari peluang hiburan untuk menghabiskan masa lapang. 

Para penyelidik juga membuat kesimpulan dari kajian terhadap seribu orang kanak-kanak yang dihukum slah bahawa Sembilan persepuluh daripada mereka menghabiskan masa lapang secara sia-sia.’
Banyak orang menyangka bahawa masa lapang itu hendaklah dihabiskan dengan menganggur, berkhayal, berehat atau mengunjungi kedai-kedai untuk menghabiskan waktu. Itu adalah kesalahan yang besar , kerana sebahagian dari tokoh-tokoh besar dunia menghasilkan karya-karya sastera dan penulisan ilmiah yang mengkagumkan diwaktu lapang mereka.
Melihat sekali imbas kepada dua keluarga , yang satunya di Barat dan satu di Timur, tentang corak masa lapang mereka menampakkkan dengan jelas perbezaan yang besar antara kehidupan kita di Timur dengan kehidupan mereka di Barat.

Orang-orang Barat membawa keluarga  dan anak-anak mereka melancong melihat pemandangan indah , menikmati sinar matahari dengan berjalan kaki. Sedang sebahagian besar orang kita menghabiskan masa lapang itu dirumah dan bertelagah dengan isteri dan anak-anak, sehingga para ibu menarik nafas panjang menunggu hari cuti.

Mengikut Tolstoy: “ Maut itu bukanlah perkara yang dimusykilkan , kerana ia pasti tiba. Tetapi yang dimusykilkan ialah hidup ini . Hidup yang “mati’ yang kosong serta yang sunyi dari sebarang erti dan aktiviti. Kita gambarkanlah seorang pemuda yang cergas. Kita gambarkan dia duduk keseorangan dalam sebuah bilik kosong, dia dihidangkan dengan makanan dan minuman . Ia tidak bergerak, tidak bermain dan tidak membaca.Jadi bagaiman gerangannya pemuda seperti ini hidup…?Apakah kita sanggup melihat kecergasanya akan layu sehari demi  sehari? Apakah kita tidak melihat ia merasa jemu dengan kehidupan dan tidak berselera makan dan minum? Apakah ia kelak akan menjadililin membakar dirinya…?

Justru  itu kita lihat Negara-negar maju lazimnya memasukkan kegiatan yang sederhana dihospital-hospital. Dimana ada diantara pesakit yang melukis , ada yang menenun, ada yang menyusun gambar , ada yang membaca akhbar dan buku-buku cerita. Sementara sebahagian yang lain pula menghabiskan masa dengan beribadat dan membaca kitab suci agama.

Saya pernah mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran mengenai pentingnya dimanafaatkan masa lapang golongan cerdik pandai untuk membantu mengajar orang-orang yang buta huruf, kalau setiap orang cerdik pandai menguntukkan sejam dari masa lapangnya untuk Negara pasti buta huruf dapat dibasmi. Caranya ialah dengan menganjurkan kelas-kelas malam yang “diwajibkan”.

Satu perkara yang ingin saya tekankan disini ialah setiap ibubapa perlu mengambil berat tentang masa lapang kanak-kanak. Jangan ia dibiarkan gersang sehingga ia menjadi punca kenakalan serta tindakan liar mereka seperti yang telah saya jelaskan.Perkara tersebut adalah suatu “reality” yang berlaku .

Kanak-kank tersebut dibiarkan semasa percutian mereka tanpa apa-apa kerja, menyebabkan mereka melakukan perbuatan yang membawa keburukan keatas masyarakat. Jadi setiap ibubapa patut memberi perhatian tentang masa lapang anak masing-masing  dan memerhatikan apa yang dilakukan oleh mereka.
Saya sering menegaskan bahawa mereka perlu dilatih menjalani pekerjaan-pekerjaan yang menyeronokkan dan meberi faedah kepada mereka seperti memanah dan kerja-kerja pertukangan tangan.

Saya pernah mencadangkan kepada Kem,entreian Pelajaran beberap tahun dahulu dan saya masih berpegang dengan cadangan itu, iaitu perlu ditubuhkan khemah-khemah kerja untuk kanak-kanak dan muda mudi dalamm mas cuti sekolah. Disitu mereka boleh membaca , berenang , melakonkan drama bimbingan, melibatkan diri dengan kegiatan sukan , mengembara secara pasukan dengan menunggang basikal  atau berjalan kaki. Disamping mempelajari urus-tadbir perusahaan yang mudah dan sederhana serat menjalani kehidupan tentera.


Saya bercita-cita kalu boleh ditubuhkan kelab-kelab untuk anak-nak kita dibandar-bandar supaya dapat mereka menghabiskan waktu lapang mereka disebelah petang dan dihari-hari cuti hujung minggu dengan menjalankan aktiviti –aktiviti  seperti yang saya sebutkan tadi, dengan diawasi oleh pelatih-pelatih yang membimbing serta memberi panduan terhadap pelajaran-pelajaran yang sukar yang mereka hadapi.

No comments: