Tuesday, November 19, 2013

ANAK TUNGGAL

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد





Oleh - Mahmud Mahdi Istanbuli


Baru-baru ini saya telah berkenalan dengan seorang teman . Saya dapati ia sentiasa gelisah ,tidak tenteram . Beliau menceritakan tentang anaknya , tentang penyakitnya , pelajarannya, dan badannya yang lemah. Saya kata padanya:
-          “Apakah ia anak tunggal awak?’
-          Jawabnya : “Ya, mana awak tahu?”
-          Saya tahu kerana tingkah laku awak yang gelisah dan perhatian awak terhadapnya.”
-          “Ia sebenarnya satu-satunya harapan saya dan harapan emaknya. Ia cahaya yang kami melihat dunia melaluinya. Kami khuatir sesuatu yang menimpanya. Kalau ia mengadu sakit kami diserang rasa takut dan berbagai sangkaan buruk terlintas dalam diri kami”.
-          Saya berkata kepadanya” Boleh saya sambung lagi tingkahlaku perangainya?”
-          “Ya”.
-          Ia adalah hakim yang berkuasa dan memerintah. Kalau anda tidak memenuhi permintaannya dia akan berpura-pura sakit atau akan meradang dan memberontak”.Kawan itu ketawa dengan kata-kata saya. Kemudian meminta nasihat saya sungguh-sungguh bagaimana untuk mengatasinya.

-          Biar dulu saya menceritakan kelakuannya” Kataku “ Ia biasanya enggan menjamah makanan kerana sebab yang kecil, menangis disebabkan perkara kecil, perasannya gelisah, tubuhnya kurus, tidurnya tidak nyenyak, kalau ia sakit,ia tak mahu makan ubat, kalau ia marah sukat ditenteramkan. Boleh jadi ia tidak pandai bercakap kerana terlalu dimanjakan.Segala kehendaknya dipenuhi. Ia benci pada anda sejak ia mula dibesarkan dengann cara manja ini kerana dia mahu membesar dengan bergantung kepada diri sendiri.”

-          “Cukuplah tu”. Anda menggambarkan anak saya itu seperti anda mnegenalinya , bagaiman anda tahu?
-          “Itu tidak pelik” jawab saya. “Ia adalah anak tunggal. Tingkahlakunya memang diketahui . Para pendidik banyak menyentuh soal ini.”
-          “Adakah para pendidik itu menyebut cara-cara untuk mendididk cara-cara demikian?” Tanya orang itu.
-          “Rawatannya ditangan kamu”
-          “Bagaimana?”
-          Sedikit iman dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala ,yakin denganya dan percaya bahwa setiap yang akan berlaku pasti berlaku . tidak perlu diambil banyak langkah berjaga-jaga dan jangan gelisah.”

Hendaklah diserahkan segala sesuatu kepada Allah . Kemudian tunaikan tanggungjawab anda terhadapnya, sebagai seorang ayah yang tegas yang memikir akan kepentingan anaknya. Hendaklah anda sembunyikan perasaan kasih anda kepadanya seberapa yang boleh. Jangan bersikap mudah terhadap segala tindakan liarnya kalau ia berterusan , walau apa jadi sekalipun”.
Siayah melolong menangis dengan airmata yang mencurah-curah sambil berkata:
-          “Kalau kami tidak boleh bersikap demikian, apa yang patut kami buat?”
-          “ Kalau anda tidak dapat melakukan apa yang telah saya sebutkan , maka elok anda menghantar nya kesekolah berasrama penoh untuk mendidik dan mengajarnya. Kalau tidak dapat juga elok anda tumpangkannya dengan salah seorang kerabat anda yang dekat untuk mengawasi didikannya.
      
      Disekolah tersebut ataupun dikalangan keluarga yang tidak terlalu hamper dengannya , maka dapatlah ia hidup secara sederhana sebagai seorang naggota biasa didalamnya. Dengan itu tidak diberikan perhatian dan penumpuan sanga-yang dengan itu ia akan kembali kepada kewarasannya. Kemudian bolehlah ia dikembalikan kepada anda.

-Kalau anda tidak melakukan apa yang saya terangkan ini, maka anak anda akan menjadi satu ancaman terhadap anda, terhadap dirinya dan terhadap negaranya.”



Post a Comment