بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
by doodle dakwah
Tawakkal
توكل
Mana mungkin Allaah SWT menjadikan dunia ini untuk bersenang lenang..Pasti kita di sapa deru ujian dan dugaan.. Apa jua bentuk nya. Ia datang dari Allaah SWT.
Dan dengan ujian dan dugaan jugalah Allaah SWT ingin melihat sejauh mana kita bergantung dan berharap hanya pada DIA .
Dan inilah yang di katakan TAWAKAL.
Ya ——> T.A.W.A.K.A.L
Nabi Muhammad S.A.W. pernah bertanya kepada Malaikat Jibrail apa erti tawakal kepada Allaah S.W.T dan apakah batasnya?
Malaikat Jibrail berkata:
"Tawakal adalah suatu kesedaran bahawa seluruh makhluk tidak mendatangkan sebarang mudarat atau manfaat kepadamu, tidak memberi atau mengambil sesuatu darimu, dan engkau tidak menggantungkan sebarang harapan kepada mereka.
Apabila seorang hamba Allah memiliki sifat demikian, dia tidak akan melakukan sesuatu melainkan kerana Allah S.W.T. semata-mata, tidak akan berharap atau takut kepada sesuatu melainkan kepada Allah S.W.T. semata-mata, dan dia tidak akan menaruh harapan kepada siapa pun kecuali kepada Allah S.W.T. semata-mata. Itulah yang disebut sebagai tawakal”.
Ini adalah ibadah hati yang terpuji dan tertinggi.. Ia di rasai ,zahirnya tidak terlihat, cuma kesannya memberi cerminan dalam kehidupan ..
Mari Menjadi HAMBA ALLAAH SWT yang sebenar!
Jalan yang menjauhkan kita dari Allaah SWT ada perasaan khuatir dan bimbang.
Allaah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Apabila Allaah menolong kamu, tidak adalah orang lain yang dapat mengalahkan kamu, apabila Allaah membiarkan kamu, siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allaah sesudah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allaah saja orang-orang mukmin bertawakal".
(Ali Imran: 160).
No comments:
Post a Comment