Wednesday, December 18, 2013

Bagaimana Nak Tahu Sesuatu Produk itu Islamik Atau Tidak?

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد





Di Malaysia, dunia kewangannya ada 2 sistem.
Satu sistem Islam, satu sistem konvensional.
Jadi ada institusi kewangan yang disebut full fledged (100% patuh Shariah) macam Bank Islam, Bank Muamalat, al-Rajhi Bank, Kuwait Finance House, Asian Finance Bank & Bank Rakyat.
Manakala ada institusi kewangan yang cuma subsidiari sahaja yang 100% patuh Shariah, tapi aktiviti syarikat kumpulannya tidak. Maybank Islamic (bawah Maybank Group), CIMB Islamic (CIMB Group), Public Islamic (Public Bank Group) dan seterusnya. Senarai penuh adalah
1) Affin Islamic 2) Alliance Islamic 3) AmIslamic 4) CIMB Islamic 5) HSBC Amanah 6) Hong Leong Islamic 7) Maybank Islamic 8) OCBC al-Amin 9) Public Islamic 10) RHB Islamic & 11) Standard Chartered Saadiq.

Tengok Nama

Secara umumnya, untuk kenal pasti sama ada sesuatu produk bank itu patuh Shariah atau tidak, produk tu ada “al-” di hadapan, dengan nama-nama berbunyi Arab atau ada “-i” di belakangnya macam Current Account-i, Cashline-i dan Home Financing-i.
(iPhone, iPad dan iPod? he he he)
Untuk unit trust, selalunya ada “al-” di hadapannya. Nama-nama yang berbunyi Arab.
Untuk tujuan perlindungan, beli dari syarikat takaful dan bukannya syarikat insurans. Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas, Prudential BSN Takaful.

Letterhead Surat & Perjanjian

Pastikan apa-apa dokumen yang kita tandatangan, header surat, perjanjian dan tempat tandatangan ada tertulis nama perbankan Islam, nama sayarikat takaful” misalnya. Kalau Prudential sahaja, AIA sahaja atau Great Eastern sahaja tanpa ada perkataan takaful, maka itu maksudnya produk insurans. Untuk bank, sila rujuk nama bank yang disenaraikan di atas atau rujuk panduan di bawah.

Senarai Rasmi dari Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti

Berikut adalah senarai untuk rujukan:

Website Bank

Untuk lebih spesifik, buka Google dan search nama institusi Islamik.
Misalnya, nak tahu Maybank Silver Investment Account tu Islamic ke tidak? CIMB Gold Investment Account tu Islamic ke tidak?
Maka, untuk kes seperti di atas;
1. Search Maybank Islamic atau CIMB Islamic.
2. Cari dalam website mereka produk yang kita mahu tahu.
3. Jika ada, ia patuh Shariah. Jika tiada, ia tidak patuh Shariah.
Semoga panduan ini dapat membantu kalian menguruskan wang secara halal.

No comments: