Monday, December 9, 2013

Memancing pun boleh jadi judi ?

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد






By Dr.Maza

..beberapa hari lepas ketika saya melawat satu expo, saya dapati ada pertandingan memancing dalam kolam yang mana peserta dikenakan bayaran dan jika gagal dalam tempoh beberapa minit maka wang penyertaan hangus. Perkara seperti ini sebenarnya berasaskan prinsip perjudian. Untuk itu beberapa perkara berikut perlu diingatkan penganjur & orang ramai;

1. Dalam Islam judi atau qimar adalah haram dan tersenarai dalam dosa-dosa besar. Qimar atau judi bermaksud ‘setiap pertandingan yang mensyaratkan pemenang mengambil sesuatu dari yang kalah’. Dalam qimar atau judi ada pihak yang rugi dan yang untung atas pertaruhan tersebut. Hal ini berlaku dalam kebanyakan pertandingan seperti joran, teka jumlah benda dan lain-lain negara ini. Wang pertaruhan yang dinamakan ‘yuran penyertaan’ yang diambil itu dijadikan hadiah untuk yang menang, atau keuntungan kepada pengajur atas kekalahan peserta. Pembayaran wang penyertaan kebanyakannya bukan untuk kemudahan yang dinikmati oleh peserta, sebaliknya sebagai wang pertaruhan. Ini terbukti seperti setiap peserta dikehendaki membayar berdasarkan mata pancing yang digunakan. Wang yang terkumpul itu juga dijadikan hadiah, atau keuntungan penganjur jika peserta gagal. Unsur pertaruhan itu jelas. Biasanya, lebih besar pertaruhan, lebih lumayan hadiah.

2. Sebenarnya, yuran penyertaan itu jika sekadar caj khidmat atas yang disediakan seperti makan minum, sewaan dan seumpamanya, maka itu bukan judi dan pertaruhan. Namun, apabila ia menjadi keuntungan penganjur atas 'kekalahan' peserta, maka itu adalah satu perjudian.

Firman Allah: (maksudnya) 90. Wahai mereka yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib adalah keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah al-Maidah: 90).

Firman Allah:(maksudnya) “Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).
Post a Comment