Wednesday, December 11, 2013

SUKA JAWATAN.

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




By -Mahmud mahdi Istanbuli

Bangsa  kita juga nampaknya sedang ditimpa penyakit yang bahaya iaitu penyakit suka  jawatan. Mungkin penyakit ini tidak kurang bahayanya dari penyakit  “sukakan arak dan gemar meminumnya.” Kerana ia boleh memapakan Negara dan meningkatkan perbelanjaannya dengan membebankan petani  dan para pekerja dan mengabaikan aspek kehidupan yang lain seperti perusahaan , pertanian dan perniagaan  (yang membawa kepada keuntungan yang banyak dan memberi perkhidmatan yang besar kepada bangsa dan Negara).

Keinginan dan kecenderungan kepada jawatan ini berpunca dari beberapa sebab. Yang utamanya ialah rumahtangga ,sekolah dan masyarakat.

Program disekolah dan cara pengajarannya tidak menolong untuk menyediakan kanak-kanak berdiri diatas kakinya sendiri dan suka bekerja. Masyarakat juga tidak berusaha untuk mewujudkan pekerjaan yang berguna dan menguntungkan  semua pihak.

Oleh kerana perbincangan kita menyentuh  soal keluarga  (tentang kelemahan dan kekurangannya ). Ada baiknya kalau kita menyentuh juga serba sedikit kadar tanggungjawab yang menyebabkan generasi baru berebut-rebut mencari jawatan.

Pendidikan rumahtangga , pada kebiasannya agak “kelam kabut” . Tidak ada bimbingan dan tidak ada matlamat. Ia mengajar kanak-kanak sifat menyerah  dan berpuas hati  dengan sedikit. Jawatan adalah cita-cita ibubapa. Malah ia menjadi  buruan mereka kerana coraknya yang tenang dan “rutin”

Dengan sebab itulah dengan sendirinya jawatan menjadi impian  kanak-kanak sejak dari dalam buaian  hingga kezaman remajanya.

Marilah kita mendidik generasi baru supaya mereka  sukakan ‘adventure’ , suka menghadapi cabaran , bencikan jawatan dan berminat melakukan pekerjaan bebas . Lantaran didalam jawatan biasanya mendapat ikatan dan mesti patuh pada arahan. Kita juga tidak harus lupa bahawa peranan kebanyakan sekolah –sekolah biasa hanya  untuk melahirkan pemegang jawatan.



No comments: