بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Pernah ditanya kepada Imam Asy-Syafie rahimahullah; Wahai Imam, tunjukkanlah kepada kami perkara yang Wajib dan Lebih Wajib, Pelik dan Lebih Pelik, Susah dan Lebih Susah, Dekat dan Lebih Dekat. Lalu Imam Asy-Syafie pun menjawab :
◆ WAJIB ke atas manusia untuk bertaubat, tetapi meninggalkan dosa itu sebenarnya adalah LEBIH WAJIB.
◆ Masa itu pada menguruskannya adalah PELIK, namun kelalaian manusia dalam memanfaatkannya adalah LEBIH PELIK.
◆ Untuk bersabar ketika berhadapan dengan ujian itu adalah SUSAH, tetapi kehilangan pahala ketika berhadapan dengan ujian itu adalah LEBIH SUSAH.
◆ Setiap perkara yang menjadi cita-cita itu adalah DEKAT, namun kematian sebelum mendapatkan cita-cita tersebut adalah LEBIH DEKAT.
Abu 'Ammar Madani, Semenyih, Selangor. 25 Safar 1435H bersamaan 28 Disember 2013.
No comments:
Post a Comment