Tuesday, January 21, 2014

ahli syurga vs ahli neraka

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




By Dr Zahazan

Dari Haris bin Wahb r.a berkata, aku mendengar Nabi s.a.w bersabda: Tidakkah aku tunjukkan kepada kamu, siapakah ahli-ahli syurga? (Kemudian Nabi s.a.w sendiri bersabda): Mereka ialah setiap orang yang lemah yakni orang yang berlebih kurang apabila berurusan dengan orang lain, tidak keras hatinya, tawadhuk dan berhati lembut sehingga orang menyangka dia seorang yang lemah
(Tapi hubungannya dengan Allah, adalah) sekiranya dia bersumpah dengan nama Allah, nescaya sumpahnya dipenuhi olehNya.

Dan mahukah aku beritahu kepadamu siapakah ahli neraka. Kemudian Nabi s.a.w sendiri menjawab: Dia ialah seorang yang mengumpulkan harta tetapi bakhil, keras hati dan takabbur .

(HR Bukhari)

No comments: