بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
by Ikram siswa UTM
Sa'id adalah sahabat Nabi s.a.w yang samada secara langsung atau tidak, terbabit sama dalam pengIslaman khalifah 'Umar.
Beliau merupakan suami kepada adik 'Umar, iaitu Fatimah. Ketika peristiwa dimana 'Umar menampar adiknya, Fatimah kerana beliau telah memeluk Islam, Sa'id turut bersama. Malah dikatakan, berkat kesabaran Sa'id dalam menanggapi 'Umar adalah antara punca mengapa 'Umar akhirnya terbuka untuk memeluk Islam.
Sa'id bin Zaid tidak pernah tinggal satu peperangan pun bersama Rasulullah s.a.w, kecuali peperangan Badr dimana beliau telah dihantar untuk menjadi perisik kekuatan musuh ketika itu.
Beliau juga terlibat dalam peperangan membebaskan Persia dari api Majusi dan juga Syam dari cengkaman kekufuran Nasrani.
Subhanallah..
Dengan berkat kesabaran beliau, seorang yang bengis dan keras hati ('Umar), dapat dilentur hatinya dan kelak akan bersama-samanya di syurga.
Alhamdulillah berakhirlah sudah kisah 10 sahabat Rasulullah s.a.w yang dijanjikan syurga. Moga kita semua dapat mengambil ikhtibar daripada kisah sahabat-sahabat tersebut serta turut berusaha sehabisnya demi mengejar redha Allah. Moga kelak kita juga dapat bertemu di syurgaNya bersama-sama dengan mereka dan Rasulullah s.a.w.
No comments:
Post a Comment