Tuesday, January 21, 2014

Talhah bin Ubaidillah

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد

by : Ikram siswa UTM





Mungkin ramai yang belum tahu kisah sahabat s.a.w yang seorang ini. Nak tahu apa yang menyebabkan beliau mendapat gelaran sahabat Nabi s.a.w yang dijanjikan syurga? Jom!

Talhah bin Ubaidillah merupakan sahabat karib Zubair (juga merupakan salah seorang sahabat Nabi s.a.w yang dijanjikan syurga). 

Talhah pernah digelarkan Rasulullah s.a.w sebagai "Syuhada' yang berjalan di muka bumi" kerana keberaniannya dalam peperangan Uhud dan pengorbanannya melindungi baginda s.a.w dalam peperangan tersebut.

Dalam peperangan Uhud, beliau telah terkena lebih daripda 70 tikaman pedang atau panahan anak panah dan masih mampu bertahan dengan segaknya.

Ketika tersebar berita bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat, Talhah yang sedang memapah baginda s.a.w ketika itu berkata; "Aku tebus dikau wahai Rasulullah s.a.w dengan ayah dan ibuku," menggambarkan kecintaan yang besar beliau terhadap ar-Rasul s.a.w.

Subhanaallah..
Betapa hebatnya Talhah bin Ubaidillah..
Nantikan kisah seorang lagi sahabat Rasulullah s.a.w yang tidak kurang hebatnya. Agaknya siapa ye?

No comments: