Saturday, January 18, 2014

Terima Kasih Ya Allah

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد



Kadang hati terdetik cemburu melihat kebahagiaan orang lain. melihat orang lain kaya ,kita sederhana jer
atau memang kita miskin. Orang lain ada anak , kita tidak , orang lain ada degree kita tak dok, orang lain ada suami soleh , suami kita tidak.

Sebenarnya makin kita dok banding kita dengan orang lain atas kelebihan yang mereka ada makin lah kita ni tak bersyukur dengan apa yang kita ada .

Kalaulah kita boleh tengok orang yang lebih miskin dari kita, lebih tak ada kelulusan dari kita, suami dia lebih zalim dari suami kita atau takada suami langsung barulah  kita boleh berkata


"Terima kasih Ya Allah atas kurniaan mu ini"


Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
(Surah an-Nisa’, ayat 32)

No comments: