Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur".
Bila kita naik kereta terutama kereta mewah kita pun rasa ini kereta saya punya
saya beli kerana saya mampu, kita pun memandu kerete dengan perasaan sombong semacam. bIla kita hampir kemalangan baru kita ingat - YaAllah selamatkanlah aku. Walhal sepaatutnya masa mula-mula naik kereta tu kena mintak dan berterima kasih kepada Allah sebab dia yang rezekikan kita:
1. Kereta
2. Otak untuk fikir nak bawak macam mana
3. Lesen pun dapat dengan izin Allah jugak .
4. Dan lain-lain- cari sendiri.
Kenderaan-kenderaan lain tu pun sama lah jugak......
No comments:
Post a Comment