Wednesday, March 5, 2014

Senangnya dapat pahala.....

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد



Tip-tip sedekah yang mudah - tapi jarang kita buat, jom kita mulakan!

1. Beli satu kerusi -letak kat masjid -sapa guna kita dapat  pahala

2. Letak semangkok air dekat tingkap rumah - burung minum , kita dapat pahala.

3. Letakkan satu kotak duit dalam bilik anda, bila buat dosa , masukkan duit dalam tabung tu.
bila dah penuh - hantar untuk derma kebajikan.
( sambil tu boleh remind jugak yang kita ni banyak buat dosa- jadi kena banyak taubat).

4. Print atau tulis doa masuk dan keluar rumah, tampal kat pintu , sapa baca , kita dapat pahala.

5.Beli satu quran letak kat masjid/ surau atau derma kat sini- (mungkin lebih afdal kerana mereka lebih memerlukan) - sapa baca , kita dapat pahala.

6. Gembirakan kawan-kawan atau mereka yang disekitar kita atau jauh dari kita yang ditimpa musibah.
Derma harta kalau ada . kalau tak pun derma tenaga atau pun sekadar menadah telinga mendengar luahan rasa.- lepas tu kena amanah , jangan kita pulak jadi tukang sebar cerita dan menambahkan beban mereka.
dan kita akan dapat pahala sedekah.

7. Jangan tidur sebelum maafkan orang-orang yang menyakiti kita. 

8. kongsilah tip ini dengan orang lain juga.........



No comments: