Tuesday, May 20, 2014

Niat ke dok lagi ni.....

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




Tak lama dah nak puasa - dok was-was lagi pasl niat puasa.... sini ada sedikit panduan dari ustaz Zulkifli
Mohamad Albakri

NIAT 'AKU PUASA ESOK HARI' TANPA MENYATAKAN BULAN RAMADHAN
Berkenaan dengan niat puasa Ramadan, adakah memadai dengan hanya menyatakan niat “aku puasa esok hari” tanpa menyebut bulan Ramadan? Bagaimanakah hukumnya?
Jawapan:
Niat pada bahasa dengan maksud qasad dan pada istilahnya pula ialah qasad sesuatu berserta dengan pelakuannya. Dengan sebab itu, Rasulullah SAW dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim bersabda:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ
Maksudnya: “Sesungguhnya segala amalan bergantung kepada niat.”
Guru kami yang dikasihi, Syeikh Dr. Mustafa al-Bugha dalam kitabnya al-Wafi fi Syarh Arba’in al-Nawawiyyah berkata Ulama telah sepakat bahawa amalan yang keluar daripada orang yang mukallaf, tidak diiktibar pada syarak dan tidak diberi pahala kecuali dengan niat. Niat dalam ibadat yang dimaksudkan seperti solat, haji dan puasa merupakan rukun daripada rukunnya. Maka tidak sah kecuali dengannya. Adapun jika ibadat sebagai wasilah atau cara semata-mata seperti wuduk dan mandi, terdapat dua pandangan iaitu:
• Mazhab Hanafiah menganggap ia syarat sempurna sahaja untuk menghasilkan pahala.
• Mazhab Syafieyah dan lainnya berpendapat ia merupakan syarat sah juga.
Berkenaan soalan ini, suka dinyatakan bahawa tidak memadai berniat puasa Ramadan dengan hanya berniat “aku puasa esok hari” sahaja tetapi mestilah menyebut bulan Ramadan kerana ia merupakan ibadat yang disandarkan kepada waktu.
Justeru, wajib ta’yinnya (menyatakan bulan Ramadhan). Pendapat yang muktamad tidak wajib disertakan niat fardu kerana puasa Ramadan itu sendiri daripada mukallaf yang semestinya fardu. Inilah pendapat s-Sayyid asy-Syarif 'Abdurrahman bin Muhammad bin al-Husain bin 'Umar Ba'alawi dalam Bughiyah al-Mustarsyidin.
Wallahua'lam.

No comments: