Monday, May 19, 2014

Allah telah tunjukkan kuasanya

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد



utusan malaysia

PUTRAJAYA 15 Mei - Mesyu­arat Jemaah Menteri semalam membuat keputusan menubuhkan jawatankuasa khas peringkat nasional bagi menangani masalah air dan impak cuaca kering kesan fenomena El-Nino yang dijangka melanda negara pada Jun ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan bertindak memantau impak cuaca kering daripada pelbagai aspek termasuk perubahan iklim, kesihatan dan pertanian.


KUBANG PASU 1 Mac - Catuan air mungkin dilaksanakan di Kedah jika musim kering berlarutan sehingga penghujung Mac ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir menjelaskan kerajaan negeri akan terus memantau paras air di semua empangan dan catuan akan dilakukan jika paras air terus merosot.

SPAN

PUTRAJAYA, 20 Februari 2014 - Cuaca panas dan kering yang berterusan sejak awal tahun ini serta kekurangan jumlah hujan di kawasan-kawasan tadahan telah menjejaskan paras simpanan air di empangan-empangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Malah paras air di sungai-sungai utama yang membekalkan air mentah kepada loji-loji rawatan air turut terjejas disebabkan keadaan cuaca yang panas dan kering yang dijangka akan berterusan sepanjang bulan Februari 2014. Kekurangan bekalan air mentah di sungai-sungai utama dan empangan air mentah telah mula dialami di beberapa buah kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. 

No comments: