Wednesday, August 20, 2014

Bersabar dengan syahwat lebih mudah dari bersabar dengan KESAN syahwat!

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




Bersabar dengan syahwat lebih mudah dari bersabar dengan KESAN syahwat!
****
Buat dosa memang nampak macam best. Tapi, nak menanggung KESAN dosa tu, ramai yang tak mampu. Kesan dosa, apa dia?! Saya tak nak hurai dulu, saya akan bagi point. Korang tengok, apa effect bila buat dosa. Korang sanggup tak tahan dengannya?
1)Terhalang dapat ilmu.
2)Terhalang dari rezeki.
3)Jauh dari Allah.
4)Rasa terpinggir dari manusia.
5)Urusan jadi sulit.
6)Hati jadi gelap gila.
7)Rasa susah nak taat Allah.
8)Umur jadi pendek(umur tak berkat).
9)Akan mengheret kita untuk buat dosa lain.
10)Melemahkan rangsangan ketaatan. Means, takde rasa nak buat baik langsung!
11)Sampai satu tahap, kita akan rasa bangga dengan maksiat.
12) Allah hina.
13) Rasa maksiat tu kecil.
14) Melemahkan akal.
15) Hati tertutup.
16) Mengundak laknat.
17) Terhalang dari doa nabi dan malaikat.
18) Melemahkan perjalanan hati kepada Allah.
19) Menghilangkan nikmat!
20) Mengabaikan diri sendiri.
21) Kehidupan seolah-olah menjadi sempit!
Banyak lagi sebenarnya. Pedihkan? Adakah kita sanggup buat dosa yang nikmatnya takdelah nikmat sangat, and then kita terpaksa menanggung KESAN akibat dosa yang kita buat tu??!
Sebelum buat dosa, fikirlah dulu.
Ingatlah pesanan Ibn Qayyim:
"Ramai orang mampu bersabar dengan syahwat. Tapi, tak ramai yang mampu bersabar dengan kesan syahwat!!"

sumber-tarbiah sentap
Post a Comment