Tuesday, August 5, 2014

Kamu, Anak Jenis Yang Mana?

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد





By : DR Abu Anas Madani

Kamu, Anak Jenis Yang Mana?
Semua kita mempunyai ibu bapa dan kita mempunyai tanggungjawab yang mesti ditunaikan kepada mereka.
Seorang lelaki pernah mengungkapkan perkataan berikut:
-بعض الأبناء -هداهم الله- لا يفعلون ما يأمرهم به والداهم، وهؤلاء عاقّون.
"Sebahagian anak - semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka- tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh ibu bapanya. Mereka adalah anak yang DERHAKA" .
-وبعضهم يفعلون ما يؤمرون به وهم كارهون، فهؤلاء لا يؤجرون.
"Sebahagian anak melaksanakan apa yang diperintahkan (oleh ibu bapa mereka) tetapi dalam keadaan tidak suka. Mereka ini TIDAK DIBERIKAN PAHALA".
-وبعضهم يفعلون ما يؤمرون به ويتبعونه بالمنّ والأذى والتأفّف ورفع الصوت، فهؤلاء يؤزرون.
"Sebahagian daripada mereka melaksanakan apa yang diperintahkan (oleh ibu bapanya). Kemudian, diikuti dengan mengungkit-ungkit, menyakiti, mengherdik dan mengangkat suara. Mereka adalah orang yang BERDOSA".
-وبعضهم يفعلون ما يؤمرون به بطيبة نفس، فهؤلاء مأجورون وهم قليلون.
"Sebahagian anak melaksanakan apa yang diperintahkan (oleh ibu bapanya) dengan hati yang baik. Mereka ini diberikan PAHALA . Mereka ini adalah golongan yang sedikit".
-وبعضهم يفعلون ما يريده الوالدان قبل أن يأمروا به، فهؤلاء هم البارُّون الموفقون وهم نادرون. فلا تسأل عن بركة أعمارهم وسعة أرزاقهم وانشراح صدورهم وتيسير أمورهم. وذلك فضل الله يؤتيه من يشاء والله ذو الفضل العظيم.
جعلنا الله وإياكم منهم .
"Sebahagian anak MELAKSANAKAN apa yang DIINGINKAN oleh ibu bapanya SEBELUM DIPERINTAHKAN. Mereka adalah anak yang BERBAKTI dan DIBERIKAN TAUFIQ (oleh Allah ta'ala). Mereka adalah golongan yang JARANG DITEMUI.
Jangan kamu tanya tentang KEBERKATAN UMUR mereka, KELUASAN REZEKI mereka, KELAPANGAN HATI mereka, KEMUDAHAN URUSAN mereka.
Itu merupakan ni'mat kurniaan yang Allah kurniakan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Allah mempunyai ni'mat kurniaan yang besar.
Semoga Allah menjadikan kami dan kamu daripada mereka".
Jadilah golongan yang berbakti kepada ibu bapa. Semoga Allah kurniakan ganjaran yang baik di dunia dan akhirat. Amin.
‪#‎Arar‬, 10 Syawal 1435H.
Post a Comment