Monday, October 27, 2014

6 perkara yang dibimbangi Rasulullah saw

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد





By Dr Zaharuddin

Enam Perkara Dibimbangi Nabi salla Allahu 'alaihi wasallam
Baginda bersabda :

أخاف عليكم ستًّا؛ إمارةَ السفهاءِ، وسفكَ الدمِ، وبيعَ الحكمِ، وقطيعةَ الرحمِ، ونَشْئًا يتخذون القرآن مزامير، وكثرةَ الشُّرَطِ (عن عوف بن مالك. أخرجه الطبرانى (18/57 ، رقم 105) وأخرجه أيضًا: أحمد (6/22، رقم 24016) ، وابن أبى شيبة (7/530 ، رقم 37746)

Erti : Aku bimbangi ke atas kamu enam perkara : 

1) Pemerintahan orang dungu (tiada ilmu, pengalaman & abai akhirat)

2) Pertumpahan darah (pembunuhan)

3) Jualan hakim (rasuah), 

4) Pemutusan silatul-rahim 

5) Kumpulan yang mengambil al-Quran sebagai seruling ( bukan untuk amalan tapi hanya untuk dilagukan) dan 

6) Bertambah banyak polis (penolong pemimpin zalim atau pembodek). – hadis sahih

- Petikan pengisian saya di K fiqh Rasulullah s.a.w 26 Okt 2014-
Post a Comment