Monday, October 27, 2014

PELUPA ATAU NYANYUK?

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد








Situasi :

1) Lupa meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan antara sebahagian gejala ringan.

2) Apabila pesakit lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau cara-cara membancuh air dikategorikan sebagai peringkat sederhana.

Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat, ia menandakan tahap pesakit di peringkat yang serius.

Lupa dan nyanyuk adalah dua istilah yang sangat berbeza. Lupa adalah satu fenomena biasa bagi kebanyakan individu seperti lupa sekejap. Namun terdapat juga jenis lupa yang berpunca dari penyakit seperti epilepsi yang boleh membuatkan seseorang individu itu 'terleka' seketika tentang apa yang sedang dilakukan atau didengarnya.

Keadaan terlupa berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, dewasa atau orang tua. Salah satu punca paling kerap mengapa seseorang individu menjadi lupa ialah kerana terlalu banyak masalah atau perkara yang sedang difikirkan, sibuk atau akibat tekanan.

Antara penawar semulajadi bagi penyakit pelupa ;
- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

No comments: