Saturday, November 15, 2014

Pendidikan yang keras dan lembut.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




Dikalangan keluarga kita terdapat hanya dua bentuk pendidikan. Yang pertama pendidikan yang keras dan kasar secara memukul dan menggertak . yang mana natijah akhirnya meleburkan keperibadian kanak-kanak serta membunuh jiwa mereka, membelenggu pemikiran, menjadikannya seorang yang hina atau seorang yang memberontak, melawan kedua ibubapa dan juga masyarakat.

Yang kedua pendidikan yang lembut  lunak mpenuh dewngan kemanjaan  dan kasih saying yang akan menjadikan kanak-kanak bagai seorang tuan yang penuh berkuasa dan hakim pemutus yang membuat apa sahaja yang disukainya- tanpa ibubapa berani menegur atau melarangnya.

Kanak-kanak adalah suatu watak penting yang mengetahui kelemahan ibubapanya. Yang kadang-kadang dipergunakan secara yang tidak baik, yang boleh membawa kecelakaan kepada dirinya , keluarganya dan bangsanya.

Oleh itu setiap ibubapa  hendaklah menghindari kedua-dua bentuk pendidikan cara ini kerana beberapa keburukan yang terdapat pada keduanya.Kekerasan tidak akan membawa sebarang faedah . Sesiapa yang tidak ada belas kasihan seperti yang disebut dalam hadith-tidak punya kebaikan langsung. Terdapat dalam hadith

“ Mengajarlah dan jangan berkasar dan jangan jadi ulama yang keras.”

Sikap memanjakan anak pula boleh membuatkan anak itu lemah dan mendorong anak-anak merosakkan dirinya dan orang lain. Ibubapa hendaklah menyembunyikan kasih sayang mereka terhadap anak-anak dan hendaklah mendidik mereka seperti yang dituntut oleh syara’.

Seorang penyair pernah bermadah

“Berkasar untuk mengajar , sesiapa yang mengasihi, kadangkala perlu berkasar pada yang dikasihi.”

Pernah diceritakan bahawa seorang kanak-kanak memecahkan cermin jendela seorang jiran. Sijiran itu pun mengadu kepada ibu sianak berkenaan dan dibawanya bersama ketul batu yang dilontar oleh anak tersebut. Mendengar itu  siibu bukan main suka dan seronok, sambil berkata “ biarkan dia besar memecahkan jendela , berikan baru itu , saya mahu simpan sebagai khazanahnya.”
Didikan seperti itu tentunya akan melahirkan perosak dan penjenayah kepada Negara.


No comments: