Tuesday, November 4, 2014

Pendidikan yang lemah

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




Ukuran kesopanan bagi seorang kanak-kanak dikalangan kita ialah bilamana kanak-kanak itu tidak berganjak dari tempat duduk , tidak memanjangkan tangannya , tidak bertanya sesuatu, tidak mengeluarkan sebarang perkataan  dan kiranya ia ikut serta dalam perkelahan ia akan berada disisi ibunya . Dia tidur apabila ibunya menyuruh .
Andai ia dibawa ibunya kerumah jiran  atau keluarganya , dia tidak bermain dengan teman –temannya tetapi hanya berda disisi ibunya. Ia patuh pada suruhan ibunya. Malah dia makan apa yang disukai oleh kedua ibubapanya dan bila disukai mereka.

Denikian kanak-kanak yang beradab mengikut pandangan sebahagian besar ibubapa mereka. Sebaliknya kanak-kanak yang suka bermain , memanjangkan tangannya , menjankau barang-barang untuk diteliti  dan diperiksa , yang suka bertanya sesuatu disekelilingnya , atau kiranya ia keluar berkelah dia memanjat pokok, menarik roda , suka berenang  dan memancing ikan , bila berkumpul dengan teman-temannya dia suka menjadi ketua dan menyertai mereka bermain, atau akan membuka sesuatu alat untuk melihat apa yang ada didlam dan bagaimana ia dibuat… dan lain-lainnya. Lalu kiranya demikian tingkah laku mereka itu , mereka sudah pasti dianggap nakal menurut pandangan para ibubapa. Sebanrnya kalau mereka insaf dan mempunyai pengetahuan yang sederhana mereka tentu akan mengubah tanggapan demikian. Sebaliknya akan menganggap kanak-kanak jenis pertama tadi adalah seorang yang sakit atau tidak waras, dan kanak-kanak yang kedua pula seorang yang aktif dan :bergeliga” orangnya.

Itulah apa yang berlaku dalam masyrakat kita . Sedangkan dibarat  bilamana berlaku sebaliknya. Yakni bila ibubapa merasai anaknya kaku  dalam tingkag laku , mereka segera membawanyaberjumpa doctor atau pakar saikologi untuk mendapat nasihat  serta pandangannya.Bila semboh dari penyakitnya , maka aia akan diletakkan dibawah satu program barudalam kehidupannya.Mereka akan menasihati ibubapa kanak-kanak itu beberapa perkara dan meminta mereka memberikan anak-anak itu mainan baru atau alat-alat perkakas baharu untuk menarik minat mereka supaya bermain atau membuka alat perkakas itu. Kemudian memasangnya semual, Malah dibarat ibubapa mereka melakukan lebih dari itu. Mereka membreikan naka-anak mereka bilik sendiri yang ditempatkan disitu segala maianan dan alatannya yang baru dan bermain permainan yang diminatinyadan diperhatikan oleh siayah. Malah kadang-kadang dengan galakan daripadanya . Dalam bilik tersebut kanak-kanak mempelajari prinsip pertama  kemerdekaan dan kebebasan.

Tetapi sayangnya ibubapa kita tidak mengetahui maksud permainan dan nilainya. Mereka menganggap ia menghabiskan masa  dengan sia-sia dan merosakkkan . Justru itu mereka selaunya menghalang kanak-kanak dari permainannya. Mereka tidak sedar kebebasan bermain itu mempunyai banyak faedah untuk pembinaan jasmani , fikiran dan social.  Lamntaran apabila apabila kanak-kanak beramian maka tubuhnya akan memebsar  dan subur serta pemikirannya akan berkembang. Dengan bermain juga seorang kanak-kanak dapat berhubung dengan rakan-rakan baru , berkenal-kenalan dan bekerjasama dengan mereka. Disamping ia mematuhi perturan permainan serta prinsipnya. Disana akhirnya ia menjadi seorang yang bersosial.

Justru itu wahai setiap ibubapa – bukalah kesempatan bermain kepada anak-anak anda dan berikan kepda mereka mainan baru dari masa ke semasa, demi untuk menaikkkan kecergasan mereka  dan betmainlah dengan mereka dari masa kesemasa.

Tersebut dalam hadith, Sabda Rasulullah saw
“ Sesiapa yang mempunyai anak hendaklah ia menjaga dan sabar menghadapinya.”

Rasulullah sallahLlahu ‘alaihi Wasallam sendiri mengusap  usap anak orang-orang islam serta mengambil berat tentang mereka.Pernah  Rasulullah sallahLlahu ‘alaihi Wasallam mengunjungi rumah keluarga seorang kanak-kanak untuk memberi takziah kepada kanak-kanak itu bila baginda mendapat tahu  burung kesayangannya mati. Malah Rasulullah sallahLlahu ‘alaihi Wasallam pernah menyediakan alatan yang diperlukan kepada Sayyidatina ‘Aisyah untuk membuat anak-anak patung dan rupa binatang ketika Sayyidatuna ‘Aisyah masih gadis lagi

No comments: