Wednesday, November 26, 2014

WANITA DAN BUDI PEKERTI.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد


Budi pekerti merupakan kesenian yang indah serta satu akhlak yang tinggi yang berfungsi mengeratkan kasih saying . Setiap bangsa mempunyai budi pekerti yang berbeza Antara satu sama lain . Perbezaan inilah yang menjadi kelainan antara mereka.

Didalam alquran al Karim dan hadith terdapat peraturan-peraturan yang mantap mengenai budi pekerti yang begitu tinggi  dan memepunyai citarasa yang murni Orang –orang Arab ttelah menggunakannnya. Justeru itu itu mereka mempunyai budi pekerti yang btinggi . Yang dicemburui oleh orang-orang Barat, yang telah mendahului mereka didalam berbagai aliran moden.

Ini saya sebutkan dan saya merasa kesal atas sikap cuai kita dan pengabaian sebahagian besar rumahtanggga kita mengenai asas budi pekerti  yang paling sederhana. Seolah-olah disana kita tidak pernah ada hubungan dengan tamadun  an peradaban , samaada dahulu atau sekarang . Seoarang surirumah menziarah jirannya waktu tengahari , sewaktu jiran itu sibuk memasak  dan menyediakan makanan , meyebabkan ia mengganggu jiran itu beberapa jam lamanya
dengan celoteh dan bualannnya.Walhal tuan rumah mersa gelisah bagaikan berda diatas bara apai , sedangkan tetamu tidak merasa apa-apa dan hanya meninggalkan rumah itu apabila suami serta naka-anak surirumah itu pulang .

Maka (apakah halnya kiranya) berlaku pula pertengkaran Antara suami isteri itu kerana tidak ada makanan atau belum lagi disediakan kerana tetamu yang tidak berperasaan tadi .

Dijalan-jalan raya pula apabila ramai orang lalulalang maka akan terjatuhlah keatas mereka sampah-samapah atau percikan air, Apabila ditegur , maka meletuslah maki hamun yang tidak wajar . Jiran-jiran pula melaung-laung memangil anak-anak mereka yang mengganggu ketenteraman jiran tetangga,

Manakala menyentuh mengenai siaran radio yang kita dengar , ia mencerminkan budi pekerti pemiliknya dan melalui pancarannya dapat diketahui citaras pemiliknya. Usahlah ditanya lagi tentang gangguan kepada jiran tetangga serta mengganggu masa kerehatan orang sakit.

Ada pula tetamu yang mengunjungi rumah orang waktu makan malam tanpa dijemput  dan terus berada disana sehingga lewat malam. Sedangkan tuan rumah sudah mengantuk . Malangnya tetamu tidak merasa apa-apa. Malah ia mungkin menjauhkan tidur dari jirannya.

Menjaga tepi kain jiran dan menyebar-nyebarkan keburukan mereka merupakan kebiasaan yang mendukacitakan kita. Tetapi nampaknya ia meluas sekali.
Masuk campur dalam soal-soal yang tidak berkaitan dengan orang perempuan . pertayaan kepada pengantin ( yakni berapa pakain yang disediakan . bolehkan dilihat, adakah bakal suami cinta padanya, apakah ia cinta kepada suaminya dan berbagai-bagai pertayaan yang ditanya) adalh contoh-contoh perlakuan tidak baik.

Usaha-usaha untuk menimbulkan perselisihan diantara dua orang bakal suami isteri dan keluarga mereka dalam masa pertunangan  dan selepasnya memang sangat diminati oleh orang perempuan kita . walau pun akibatnya membawa keruntuhan rumahtangga.


Demikian secebis dari budi pekerti sebahagian dari wanita kita . Saya kira kalaulah wanita kita menghabiskan masa dengan memberi perhatian mereka dalam bidang rekaan fesyen itu lebih baik kearna ia boleh menambahkan kecantikan dan kesempurnaan mereka. Alangkah baik kiranya pihak kementerian pelajaran  memasukkan mata pelajaran budi pekerti islam dalam sukatan pelajarannya.

No comments: