Wednesday, November 26, 2014

MEMBELI DARI PASAR LAMBAK

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد



Terdapat ramai suri rumahtangga yang mengunjungi pasar lambak dan pasar –pasar minggu untuk membeli keperluan rumah mereka. Malah saya lihat ada orang-orang kaya yang mengunjungi pasar-pasar ini dan berjalan berbatu-batu  untuk membeli sayur , gula beras dan sebagainya.

Mungkin ada orang yang berkata  “Apa salahnya?’ Bahayanya memang besar kerana perbuatan demikian itu bermakna mendedahkan tuan punya kedai-kedai runcit yang berjiran dengan kita kepada “muflis” dan kepapaan hanya demi kerana beberapa sen sahaja.

Para peniaga runcit tersebut yang membuka kedai-kedai mereka berhampiran dengan kita adalah mengharapkan sokongan (secara membeli) kita dan perasaan kejiranan kita. Jadi adakah munasabah kita meninggalkan mereka dan membeli kepda orang lain kononnya untuk berjimat. Alangkah “malangnya” ekonomi sebahagian dari warganegara kita kalau ia boleh mengancam pihak lain kepada kerugian  serta kehancuran .Alangkah ruginya kalau wang yang beberapa sen yang kita jimatkan itu boleh menyebabkan kepapaan dan
kelaparan anak-anak segolongan pihak.

Saya masih ingat pengalaman dan pengakuan seorang sahabat saya ( lebih empat puluh tahun silam) dari Himsyang mengirimkan beberapa “lirah’ mata wang Syria dan meminta supaya saya menukarkan kemata wang “lirah” Turki  dan mengirimkan kepada keluarganya dalam sampul bermetri. Saya pun menuju ke pejabat Pos (untuk menukarkan wang yang diperlukan). Saya melihat seorang miskin yang menjalankan kerja memetrikan sampul surat. Saya bertanyakan kepadanya berapa bayaran yang dikenakan. Dia menyebutkan bayaran yang saya kira kecil, tetapi saya lupa berapa kadarnya. Dengan tujuan untuk menjimatkan belanja teman saya tadi, saya pun pergi kekedai yang saya kenal tuannya , lalu dimetrikan sampul surat itu secara percuma. Saya pun kemudiannya meninggalkan tempat itu dengan senang hati.

Tetapi apa yang terjadi? Adakah semua perkara berjalan tenteram?. Tidak! Saya terserempak dengan sesuatu yang menghibakan perasaan. Saya dapati simiskin yang dahulunya mengambil upah memetri  sampul surat . kini telah menjadi pengemis.

Hal ini berpunca dari sikap saya ingin berjimat . Juga sikap orang lain yang sama dengan saya. Saya menyesal apatah lagi bila saya terkenang keadaan orang miskin itu, saya terasa bersalah sehingga kehari ini.

Saya mendapat tahu dibeberapa buah Negara Eropah, belian borong tidak dibenarkan kecuali kepada pekedai-pekedai . Agak baik kalau kita jangan memikirkan yang demikian dengan syarat ditetapkan harga dan tidak mengambil keuntungan yang keterlaluan dari pekedai-pekedai kecil.


Sementara itu pemergian kaum wanita kepasar lambak atau pasar minggu yang sesak dengan manusia dan ramai kalangan mereka yang tidak bersopan , boleh membawa keburukan, Hal in patut kita berikan perhatian.

No comments: