Sunday, December 14, 2014

Bahaya Sunnah Yahudi dan Nasrani

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



By -Abu Anas al Madani

عِنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم :
Abu Sa'id al-Khudri radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ .
Kalian akan mengikuti jejak mereka yang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Hingalah jika mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kalian akan mengikuti mereka.
قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ : فَمَنْ
Kami bertanya: Ya Rasulullah. Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda sallallahu 'alaihi wasallam menjawab: Siapa lagi?
[Sahih Muslim, Kitab al-Ilm, hadis no: 6448]
Terlalu banyak sunnah Yahudi dan Nasrani. Antaranya ialah berilmu tanpa amal, itulah sunnah Yahudi, dan beramal tanpa ilmu, itulah sunnah Nasrani.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
فَإِنَّ الْيَهُودَ مَغْضُوبٌ عَلَيْهِمْ وَإِنَّ النَّصَارَى ضُلَّالٌ
Sesungguhnya orang Yahudi adalah mereka yang dimurkai, dan sesungguhnya Nasara ialah golongan yang sesat.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab Tafsir al-Quran, hadis no: 2897, hasan gharib]
Al-Imam Ibn Kathir berkata dalam Tafsir al-Quran al-Azhim:
فإن طريقة أهل الإيمان مشتملة على العلم بالحق والعمل به، واليهود فقدوا العمل، والنصارى فقدوا العلم؛ ولهذا كان الغضب لليهود، والضلال للنصارى
Sesungguhnya method orang beriman merangkumi ilmu yang benar dan beramal dengannya. Yahudi meninggalkan amal, manakala Nasara meninggalkan ilmu. Oleh kerana itu kemurkaan ditimpakan kepada Yahudi dan kesesatan kepada Nasara.

No comments: