Agama islam menggesa supya dihormati hak
umum. Namun demikian kita dapati ramai yang mengabaikan hak kita itu dan
mempermainkannya. Sebagai contoh , kita ambillah “jalanraya”. Ramai dikalangan
surirumah biasanya menganggap ia sebagai “tempat membuang sampah”. Lalu
mencamapakkan segala kekotoran diatas jalanraya tanpa menghiraukan akibat
perbuatan mereka itu yang boleh mencemarkan pemendangan Bandar, menimbulkan bau
yang busuk dan mengganggu orang yang lalu lalang.
Dalam hubungan ini ,agama islam
mengenakan jaminan terhadap orang yang menyebabkan kecederaan kepada orang yang
lalulalang. Andainya ada orang yang terseliuh kakinya akibat terjatuh kerana
terpijak kulit pisang , maka orang membuang kulit pisang itu dikenakan jaminan
(denda) “ kerana yang menyebabkan kecederaan itu berlaku adalah perjamin”.
Seperti yang diputuskan oleh syara’( yang antara lain juga melarang perbuatan
duduk dijalanraya melainkan dengan syarat hendaklah dilindungi jalanraya
sebarang gangguan serta menyakiti orang yang lalulalang.
Sabda
Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi wasallam
“ Janganlah kalian duduk dijalanraya “
Maka berkata para hadirin: Wahai Rasulullah ! kami terpaksa duduk disitu kerana
disitu kami berbual “ Kata Baginda “ Kalau terpaksa kamu duduk disitu maka
berilah jalan itu haknya”. Kata mereka “ “Apakah haknya?Jawab bagainda : “
memelihara mata , mengelak diri dari menyekiti orang , menjawab slam danmenyeru
kepda ma’ruf serta melarang dari yang mungkar
Pengabaian hak awam tidak terbatas
setakat itu sahaja. Malah melampaui batas itu hingga berlaku pencabulan keatas
sebahagian dari jalanraya iaitu dalam kes-kes pembinaan bangunan. Semua ini
adalah berpunca dari tidak amanah dan kurangnya sikap wara’. Orang dahulu takut
hendak menambah “plaster” rumah mereka dari luar bimbang kalau termakan
beberapa millimeter dari ruang jalanraya.
Kita patutlah menyedari bahawa jalanraya
adalah hak awam. Ertinya ia dibina untuk memenuhi keperluan umum. Justeru itu
tidak harus seorang itu menikmatinya , sekiranya ianya menyakiti orang lain.
Umpamanya berjalan dengan angkuh dijalanraya bersam teman-temannya sesuka hati
dan berhenti sesuka hati;seolah-olah mereka berda dirumah atau dikebunya
sendiri- tanpa memikirkan akibat daripada perbuatannya yang menyakiti orang
lain. Oleh itu setiap surirumah hendaklah menjaga jalanraya (keindahan dan keselamatannya)
seperti ia menjaga rumahnya sendiri. Lebih-lebih lagi dinegara kita yang banyak
kesan sejarahnya yang menjadi kunjungan para pelancong-yang akan mencacatkan
segala keburukan yang dipandang.
Agama islam menggalakkan supaya menjauhi
atau menghindarkan segala yang boleh menyakiti orang ramai dari jalanraya.
Sifat ini dijadikan salah satu dari cabang iman dan juga cabang sedekah.
Sabda Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi
wasallam
“ Iman itu mempunyai lebih dari tujuh
puluh cabang . Yang terutamanya ialah naik saksi bahawa tiada tuhan yang
sebenarnya melainkan Allah dan yang terakhir nya ialah menghindarkan segala
yang boleh menyakiti orang ramai dari jalanraya.”
Sabda baginda juga :
Menghindarkan segala yang boleh
menyakiti orang ramai dari jalanraya adalah sedekah.”
Alangkah mulianya hadith ini seandainya
ia dilaksanakan.
Saya sering mendengar dari mereka yang
melawat Negara-negara Barat rasa kagum mereka dengan kebersihan jalan raya
sehingga tiada siapa yang berani mencampakkkan sesuatu diatas jalaraya kerana
takut didenda. Mereka mengecam kita kerana mengabaikan semua itu.
Kalau mereka meneliti hadith-hadith yang
berkaitan dengan ini sudah tentu mereka akan tertarik dengan islam serta
terpegun dengan prinsipnya. Islam tidak hanya sekadar melarang jangan
dicampakkkan benda-benda yang boleh menyakiti diatas jalanraya, malah menggesa
supaya menghindari atau menghapuskan segala yang boleh menyakiti dan tidak ada
tolok bandingnya dalam perundangan ciptaan manusia. Kiranya setiap orang dari
kita melaksanakan najuran islam dihadapan kedainya atau rumahnya, sudah tentu
jalanraya-jalanraya kita lebih bersih dari jalanraya di Barat dan kita dapat
menjimatkan peruntukan Negara yang besar untu membersihkan jalan.
No comments:
Post a Comment