Perbincangan saya dibawah ini menyentuh
mengenai kedudukan kaum wanita dan kewangan.Saya menggesa suri rumahtangga
supaya memikirkan cara merancang perbelanjaan untuknya. Sebenarnya penetapan
perbelanjaan itu patut disertai oleh
semua anggota keluraga terutama siayah yang biasanya merupakan pihak yang
membayar cukai yang dikenakan keatasnya, dismping membiayai perbelanjaan semua
anak-anaknya.
Saya katakan semua anggota kelurga harus
ikut serta dlam mencapai persetujuan mengenai perbelanjaan itu selepas dibentangkan
oleh ketua keluarga ( dengan menjelaskan kemasukan bulanan dan tahunan dan perbelanjaan keatas setiap perkara secara
berasingan). Ada dua perkara penting dalam perbelanjaan iniyang perlu
diperhatikan iaitu:
- Bahagian simpanan. Ia penting sekali untuk sebarang kecemasan . Menyimpan adalah syarat utama yang tidak boleh diabaikan kecuali dlam keadaan yang tidak adapat dielakkkan.
2.
Keadaan ‘defisit’ yang merupakan soal
yang rumit yang biasanya sukar hendak diatasi oleh kelurga- walau pun
sebenarnya banyak cara yang boleh diambil mengelakkan ‘defisit’ itu kalau kita
menggunakan fikiran yang waras dan mengenepikan tardisi yang lapok iaitu dengan
tidak menggunakan perkhidmatan pembantu rumah dan membahagi-bahagikan tugasnya
diantara keluarga dan berpindah kerumah
yang lebih kecil untuk berjimat.Disamping kerja-kerja tambahan yang
boleh dilakukan oleh siayah dan lain-lain anggota keluarga .
3.
Seorang pegawai umpamanya boleh buku
simpanan kira-kira (akaun) peniaga dlam waktu lapangnya yang panjang . Si ibu dan
anak-anak perempuan pula boleh menjahit,menekat dan mendapat upah
daripadanya.
Demikianlah beberapa
contoh yang mungkin menegakkan bulu roma
dan merimaskan sesetengah keluarga . Oleh itu saya bawakan disini contoh-contoh
amali yangsaya sendiri telah menyaksikannya.
Saya mengenali seorang
murid yang membawa bersamanya pensil, kertas dan alatan lain dan menjualnya
disekolah. Pada hari-hari cuti ia menjual dipasar Jumaat dan ditoko sutera.
Sepanjang hari dia menjual dan ditangannya dia memegang buku yang
dibacanya bila dia lapang. Dengan cara
itu dia dapatmenampung ‘defisit’ perbelanjaan kelurganya. Belaiau kini bertugas
sebagai seorang pendidik.
Saya juga kenal seorang
wanita yang telah lanjut usianya yang bekerja sebagai penjaja kain. Dia membawa
tenunan-tenunan serta barang-barang keperluan wanita dan menjajanya dari rumah
kerumah. Kini dia menjadi seorang hartawan. Bayak pelajar-pelajar diBarat yang
saya dapat tahu bekerja direstoran-restoran dalam masa lapang mereka.
Demikian beberapa
contoh yang saya pilih untuk sesetengah kelurga yang mendakwa dari
kalangankelurga “aristocrat” sedang dia
adalah keluarga miskin.
Kemiskinan bukanlah
perkara yang memalukan . Malah yang memelukan ialah meminta-minta kepada
manusia . Rasulullah SallaLlahu ‘Wasallam pernah mengembala kambing sebelum
baginda diutus menjadi Rasul. Sayyidina Abu Bakar (r.a) pula pernah menjual
kain .Dan Sayyidina Ali bin Abi Talib (ra) pula pernah menjadi “pembawa air”.
Sabda Rasulullah saw –
“ Kalaulah seseorang
itu keluar diwaktu pagi lalu memikul ia kayu apai diatas bahunya dan ia
mendapat habuan darinya dan tidak memerlukan bantuan manusia , itu adalah lebih
baik baginya dari meminta pada orang yang memberi atau tidak kepadanya.”
No comments:
Post a Comment