Monday, February 16, 2015

Kenapa Tuan Guru Nik Aziz rahimahullah melarang tahlil / kenduri arwah?

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



Kenapa Tuan Guru Nik Aziz rahimahullah melarang tahlil / kenduri arwah?
Ini jawapannya, berdasarkan hadis dan fatwa Imam asy-Syafi'e.
Dalam kitabnya al-Umm 3/318, Imam asy-Syafi’e rahimahullah berkata:
وَأَكْرَهُ الْمَأَتِمَ وَهِيَ الْجَمَاعَةَ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ بُكَاءٌ فَإِنَّ ذَلِكَ يُحَدِّدُ الْحُذْنَ وَ يُكَلِّفُ الْمُؤْنَةَ مَعَ مَا مَضَى مِنَ الأَثَرَ.
Dan saya membenci berkumpul-kumpul (dalam kematian) sekalipun tanpa diiringi tangisan kerana hal itu akan memperbaharui kesedihan dan memberatkan (menyusahkan) tanggungan (keluarga si mati) serta berdasarkan atsar yang telah lalu.
Dalam kitabnya al-Majmu’ 5/290 Imam al-Nawawi asy-Syafi’e rahimahullah (676H) menukilkan perkataan pengarang kitab asy-Syamil sebagai berikut:
وَأَمَّا إِصْلَاحُ أَهْلِ الْمَيِّتِ طَعَامًا وَجَمْعُ النَّاسِ عَلَيْهِ فَلَمْ يُنْقَلْ فِيْهِ شَيْئٌ وَهُوَ بِدْعَةٌ غَيْرُ مُسْتَحَبَّةٍ.
Adapun apabila keluarga si mati membuatkan makanan dan mengundang manusia untuk makan-makan, maka hal itu tidaklah dinukil sedikit pun dan ia adalah bid’ah yang tidak disukai.
Imam Abu Ishaq asy-Syairazi asy-Syafi’e rahimahullah berkata:
وَيَكْرَهُ الْجُلُوْسُ لِلتَّعْزِيَةِ، لِأَنَّ ذَلِكَ مُحْدَثٌ وَالْمُحْدَثُ بِدْعَةٌ.
Di antara bid’ah yang sangat dibenci adalah duduk-duduk untuk ta’ziyah kerana hal itu adalah muhdats (hal baru yang diada-adakan) dan muhdats itu adalah bid’ah. [al-Muhadzdzab 1/39]
Kenduri arwah menyerupai tradisi masyarakat Jahiliyyah?
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
أَرْبَعٌ فِيْ أُمَّتِيْ مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ لَا يَتْرُكُوْنَهُنَّ الْفَخْرُ فِيْ الأَحْسَابِ وَالطَّعْنُ فِيْ الأَنْسَابِ وَالاسْتِسْقَاءُ بِاالنُّجُوْمِ وَالنَّيَاحَةُ.
Empat perkara yang dilakukan oleh umatku yang berasal daripada tradisi jahiliyyah yang belum mereka tinggalkan: Berbangga-bangga dengan keturunan, mencela keturunan, mempercayai hujan turun berdasarkan ramalan bintang dan meratapi kematian. [Hadis riwayat Muslim dalam Shahih Muslim, no. 934]
Termasuk perbuatan “meratapi kematian” dalam hadis di atas adalah berkumpulnya umat Islam di rumah seorang yang ditimpa kematian walaupun bukan tujuan meratap. Berkata salah seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu ‘anh:
كُنَّا نَرَى لاِ جْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيَّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنْ النَّيَاحَةِ.
Kami (para sahabat) memandang berkumpul di rumah keluarga yang ditimpa kematian dengan membuat makanan termasuk dalam perbuatan meratap. [Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Shahih Sunan Ibn Majah, no. 1612]
Riwayat di atas dikuatkan lagi dengan atsar berikut:
حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ مَالِكِ بْنِ مِغْوَلٍ، عَنْ طَلْحَةَ، قَالَ: قَدِمَ جَرِيرٌ عَلَى عُمَرَ، فَقَالَ: " هَلْ يُنَاحُ قِبَلُكُمْ عَلَى الْمَيِّتِ ؟ قَالَ: لَا " قَالَ: " فَهَلْ تَجْتَمِعُ النِّسَاءُ عندَكُمْ عَلَى الْمَيِّتِ وَيُطْعَمُ الطَّعَامُ؟ قَالَ: نَعَمْ "، فَقَالَ: " تِلْكَ النِّيَاحَةُ "
Telah menceritakan kepada kami Waki’, dari Malik bin Mighwal, dari Thalhah, dia berkata: Jarir mendatangi ‘Umar, lalu dia (‘Umar) berkata : “Apakah kamu sekalian suka meratapi mayat ?”. Jarir menjawab : “Tidak”. ‘Umar berkata: “Apakah di antara wanita-wanita kamu semua suka berkumpul di rumah keluarga mayat dan makan hidangannya?”. Jarir menjawab : “Ya”. ‘Umar berkata: “Hal itu adalah sama dengan niyahah (meratapi kematian).” [Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah 2/487]
Berkata Imam Ibnu Qudamah rahimahullah dalam kitabnya al-Mughni 3/496-497 (cetakan baru ditahqiq oleh Syaikh Abdullah bin Abdul Muhsin at-Turki):
فأما صنع أهل الميت طعاما للناس فمكروه لأن فيه زيادة على مصيبتهم وشغلا لهم إلى شغلهم وتشبها بصنيع أهل الجاهلية.
Adapun ahli keluarga si mati membuatkan makanan untuk orang ramai maka itu satu hal yang dibenci (haram). Kerana akan menambah (kesusahan) di atas musibah mereka dan menyibukkan mereka di atas kesibukan mereka dan menyerupai perbuatan jahiliah.
sumber .fb
Post a Comment