Wednesday, February 11, 2015

Tingkahlaku bapa yang ganjil.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد

By -Mahmud Mahdi Istanbuli


Kanak-kanak dirumah biasanya merupakan seorang anggota yang tidak diberi perhatian sangat dan ini menyebabakan peribadinya lemah serta menghilangkan rasa hormat pada dirinya. Semuannya ini merupakan keistimewaan yang penting baginya . Kalau kebetulan ia bercakap . tidak ada orang yang akan mendengar cakapnya dan kalau ia berfikir semua orang kan mengejeknya.

Agak baik kalau hanya setakat itu sahaja. Malah kanak-kanak selalu menjadi bahan ejekan dalam majlis-majlis dihadapan anggota kelurganya  dan orang-orang asing. Mereka mengarahkannya supaya membuat lawak atau beraksi sebagai orang yang hina dan lain-lain lagi. Sibapa pula apabila mahu memperkenalkan kanak-kanak kepada tetamu mereka menyebut “  ini “ hamba kamu . Demikianlah sejak mula lagi kanak-kanak itu diajar makna hina dan patuh (dengan membuta tuli-p)

Pernah saya mendengar seorang bapa telah memperkenalkan anaknya kepada tetamunya dengan ungkapan tersebut. Apabila anaknya mendengar , ia merungut . Katanya “ Saya tidak menjadi hamba kepada sesiapapun”. Lalu ayahnya terasa malu . Begitu juga tetamu yang hadir pun terasa malu mendengarnya.

Sementara itu ada orang tua (ibubapa) yang juga banyak mengajar anak-anak mereka kata-kata dan cacian lucah  sejak dari kecil lagi. Mereka mengajar anak-anak maki hamun untuk bersuka-suka dengan orang yang hendak mereka usik. Malah mereka mengajar anak-anak itu perkara yang boleh merosakkan pernaginya dimasa hadapan.

Pernah saya dengar seorang ayah cuba berjenaka dengan rakannya . Dia menarik anaknya dan bertanyanya dihadapan mereka. “dimana kamu habiskan waktu mala mini?”Jawab sianaknya “Di Pub sekian”. ( disebutnya nama pub yang masyur itu). “ Apayang kamu hendak buat disana?”Tanya lagi siayah. “Saya nak mabuk dan menari……”

Para tetamu ketawa berdekah-dekah mendengarnya . Tetapi saya dilanda rasa sedih . Saya memberitahu para hadirin : “Ungkapan-ungkapan tersebut yang kita ajar kepada anak-anak kita akan menjalar bagai arus yang akan membimbing tingkah lakunya dimasa hadapan . Dan kita para ayah menjadi punca jenayah. Lebih sesuai kita ajarnya untuk berkata “ Saya mahu menjadi seperti Khalid Al Walid  atau seperti Salahuddin dan saya akan menuju kemedan jihad  dan kemesjid”

Begitu juga banyak perkara yang salah yang dilakukan oleh ayah dihadapan anak-anak mereka seperti mereka melakukan perbuatan yang dicaci atau membawa anak-anak ketempat-tempat maksiat dengan alasan mereka masih kecil dan tidak faham  apa yang berlaku. Sebenarnya mereka tidak sedar bahawa aqal kanak-kanak itu ibarat layar putih yang terlukis padanya segala apa yang dilihatnya.


Menurut salah seorang pendidik.Setiapa kehinaan yang menimpa kanak-kanak atau setiap perkataan atau ungkapan atau gerakan yang mentertawakannya akan meninggalkan kesan yang mendalam dijiwa mereka , yang akan berterusan dalam hidupnya. Dia akan membesar dan akan berubah jadi saling tak tumpah seperti yang dilihatkan oleh ayahnya atau yang didengar dari pendidiknya atau apa yang dilhat dari teman-temannya.

No comments: