Wednesday, February 11, 2015

PERBALAHAN DIANTARA AYAH DAN ANAK.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد





Kita sering mendengar cerita perbalahan Antara ayah dan naknya yang telah dewasa. Ini ialah kerana siayah masih mewakili zaman lama dengantradisi dan adatnya . Mereka mempertahankan tradisi tersebut dan merinduinya.Si anak pula mirip kepada zaman baru dan berpegang dengannya . Perbalahan ini kadangkala bertukar menjadi persengketaan , permusuhan dan putus hubungan. Puncanya bagi saya ialah terletak kepada orang tua yang lupa akan perkembangan masa serta perubahan-prubahan baru dalam semua perkara. Zaman berdiri atau bergerak (yakni zaman dahaulu) tentulah tidak sesuai dengan zaman kereta atau kapalterbang dan zaman television.

Orang-orang tua terkenal dengan perasaan mereka yang tenang. Malah perasaan itu ada kalanya menjadi kaku dan merupakan penghalang kepada pemikiran para pemuda dan rancangan mereka. Sepatutnya mereka hendaklah membuka jalan kepada golongan muda dan membimbing mereka dari jauh atau dekat serta menerima pandangan mereka. Setiap yang baru ini menghairankan atau ganjil, tetapi lama kelmaan ia menjadi perkara biasa. 

Menghalang mudamudi  sehingga membawa kepada permusuhan mungkin membawa kesan yang paling buruk kerana ia menghalang masyarakat dari mendapat pandangan serta kesan-kesan yang berniali. Setiap ayah sepatutnya sentiasa memberi galakan kepada anak-anak mereka dan memberi peluang untuk memuaskan cita-cita mereka walaupun mereka tersalah. Kesalahan adalah permulaan bagi yang betul. Biar betapa kesalahan yang ditanggung oleh setiap ayah dalam perselisihan itu. Namun muda mudi juga memikul keslahan itu kerana mereka tidak menggunakan cara bertenang dan memberikan keyakinan.

Walau bagaimana pun saya ingin menarik perhatian bahawa sikap berdiam diri setiap ayah terhadap tingkah laku anak-anak mereka tidak boleh sama sekali dalam perkara-perkara yang meneyntuh soal agama. Dalam soal-soal agama . ketegasan setiap ayah serta bimbingan mereka secara lembut dan meyakinkan mengenai ajaran islam adalah perkara yang mesti. Dalam hubungan ini tidak seharusnya diambil kira sebuag hadith palsu yang menyebutkan :
“ Jangan kamu paksa-paksa anak-anak kamu atas didikan kamu , kerana mereka dijadikan bukan untuk zaman kamu” (Ini kerana agama islam pada keseluruhannya membawa ajaran yang tetap).

Sementara itu saya berharap tidak ada pihak yang akan menuduh bahawa saya mempertahankan sikap liar muda mudi dan merestui tindakan mereka mengikut hawanafsu. Tidak ! Mereka yang sedemikian itu tidak termasuk dalam tajuk ini.Yang saya pertahankan dlam tulisan ini ialah mudamudi yang bersikap mantap .punya kesedaran , muda mudi yang tinggi hemahnya dan kehendaknya tidak bertentangan dengan ajaran agama.


Suka saya “berbisik” pada setiap ayah yang mendapati sikap ganjil (liar) pada anak-anak mereka bahawa mereka hampir-hampir bertanggungjawab  terhadap sikap anak-anak mereka . Justru mereka cuai mendidik anak-anak itu atau bersikap sambil lewa terhadap penglibatan anak-anak mereka dengan kumpulan liar atau meletakkkan mereka disekolah –sekolah yang tidak sesuai yang dikendalikan oleh guru-guru  yang terkenal dengan sikap liar dan niat yang tidak suci.

No comments: