Wednesday, February 11, 2015

BAGAIMANA HENDAK MENGHIBURKAN ANAK KITA.

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد





 by Mahmud mahdi istanbuli

Menghiburkan hati kanak-kanak dan menjadikan mereka gembira merupakan tanggungjawab penting setiap ibubapa , disamping mendidik dan memebri pelajaran kepada mereka. Ini alah kerana kanak-kanak harus membesar dlam pangkuan kegembiaraan sepertimana ia membesar dengan makanan. Sementara itu hiburan ibu pada mereka menyebabkan mereka kasihkan rumah dan tidak berminat untk mencari hiburan dijalanraya.

Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam berusaha sepenuh dayanya untuk mengembirakan hati cucu-cucunya walau pun baginda sebok. Baginda membelai dan mencintai mereka. Pernah cucu baginda menunggang belakangnya ketika baginda sujud mengimamakan sembahyang. Baginda terus berada dlam keadaan sujud sehingga selesai cucunya menunggang dibelakang baginda  (sedang shabat menyangka baginda telah meninggal). Baginda juga mengusik-ngusik zainab bt Ummu Salamah dan baginda pernah menjebir-jebirkan lidahnya kepada kanak-kanak untuk mengembirakan mereka.
Dalam hubungan ini secara terus terang kita berani katakana bahawa ramai ibubapa yang cuai dalam soal ini.

 Mereka bukan sahaja cuai  untuk mengembirakan anak-anak mereka , malah mereka juga menjadikan rumahtangga dengan ketegasan , kekasaran  dan campurtangan mereka – sebagai neraka yang tidak tertanggung . Justru itu kanak-kanak akan mencuri-curi peluang untuk melarikan diridari rumah serta lebih suka berpelisiran  dijalanraya mencari kebebasan serta hiburan bersama kanak-kanak kampong yang biasanya mempunyai pendidikan yang tidak sempurna.

Mungkin akan ada ibu yang akan bertanya “ bagaimana caranya hendak menghiburkan anak?. Persoalan ini penting untuk dimatangi oleh setiap ibu dan mereka hendaklah memilih cara yang menarik serta berfaedah (iaitu cara yang boleh menguatkan tubuh badan kanak-kanak , aqalnya dan mengembirakan hati mereka serta tidak membebankan belanja).Dibawah in saya sebutkan cara-cara hiburan yang mudah dan murah perbelanjaannya :-

  1. Adakan buaian dirumah dengan mengantungkan nya disebatang pokok atau rusuk rumah. Dikeadai terdapat buaian besi yang boleh dibeli untuk tujuan ini.
  2. Para ibubapa juga boleh menyediakan papan jongkang- jonkit yang boleh anak-anak bermain dengannya.
  3. Dikedaia ada dijual “plaster sin” (tanah liat) . Harganya murah dan mudah didapati. Kanak-kanak boleh menggunakanya untuk mencipta barang-barang dan tumbuhan dan boleh digunakan untuk membuat huruf dan anagka . Untuk tujuan ini boleh juga digunakan tepong uli.
  4. Dikedai-kedai percetakan terdapat guntingan –guntingan kertas yang boleh didapati secara percuma dan ia boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk perhiasan dan boleh dibentuk huruf,tumbuh- tumbuhan dan sebagainya dari guntingan tersebut.
  5. Boleh juga disemai benih-benih didalam pinggan atau cawan yang diletak diatas kepingan ‘sponge’ atau kapas yang disiram dari masa ke semasa. Dalam beberapa hari sahaja ia akan tumbuh dengan cantik dan kanak-kanak boleh melihat bagaimana peringkat pertumbuhannya.
  6. Ada terdapat tali-tali ‘nylon’ yang berwarna –warni yang boleh dibeli dengan harga yang murah, kemudian di potong-potng kecil dalam sepuluh sentimeter yang boleh digunakan untuk membentuk huruf dan berbagai rangka. Ia boleh juga dilipat-lipat untuk mencipta berbagai bentuk.

Demikian beberapa cara untuk menghiburkan hati kanak-kanak dan ia boleh mengembirakan perasaan mereka dan menyebabkan mereka suka kepada penjaga dan rumah mereka. Disamping itu aktiviti-aktiviti itu dapat menguatkantubuh badan serta jiwa mereka.

No comments: