بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد
By mahmud mahdi Istanbuli
Sekarang ini muncul cara baruuntuk
mengatasi dan mengubati kanak-kanak nakal terutama yang mencederakan orang lain
hingga keperingkat boleh dihukum. Pendapat lama mencadangkan supaya kanak-kanak
tersebut dihukum dan ditahandalam tahanan khas. Tetapi pandangan ini telah mula
lenyapdan para pendidik telah membuktikan bahawa kesalahan kanak-kanak serta
jenayah mereka lakukan tidak sepatutnya dihukum seperti orang dewsa. Malah
mereka memerlukan belas kasihan dan kasih sayang setelah terbukti bahawa kesalahan
serta jenayah yang mereka lakukan adalah berpunca dari factor-faktor rumahtangga dan sosial.
Kenyataan ini adalah didasarkan kepada
kajian serta bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Masyarakat di
Qaherah.Kajian ini mendapati 76% daripada kes –kes jenayah dan kesalahan
kanak-kanak berpunca dari faktor rumahtangga . Sementara 14 % dari faktur luar
seperti berkawan denganteman-teman yang nakal serta menonton filem , manakal 8%
brpunca dari faktor peribadi yang mungkin dilahirkan bersama kanak-kanak secara
warisan.
Dinegara-negara maju telah ditubuhkan
mahkamah –mahkamah serta pusat-pusat pemulihan untuk kanak-kanak seperti ini
dengan dibantu oleh kelinik rawatan jiwa untuk mengkaji kanak-kanak ini serta
merawt mereka secara ‘mencegah dan
merawat’ (preventive and cure)
Dalam istilah ilmu mereka ini disebut
sebagai kanak-kanank rosak akhlak . Sebelum ini mereka dikenali sebagai’
kanak-kanak pesalah’. Istilah ini diadakan bertujuan untuk menafikan pandangan
dangkal yang berlegar pada fikiran orang ramai yang merasakan kanak-kanak itu
adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan yang dilakukan dan mengenakan
hukuman keatasnya sebagai rawatan dan pencegahan seperti yang dilakukan keatas
orang dewasa.
DiSyria wujud perundangan seperti ini dalam
peringkat primitifnya. Mahkamah kanak-kanak pada waktu itu hanya terdiri dari
para hakim tanpa dibantu oleh pakar psikologi dan sosiologi. Mahkamah ini tidak
mengambil kira atau tidak merujuk kepada kelinik sakit jiwa seperti yang
diamalkan oleh kebanyakan Negara, diantaranya Negara Mesir sendiri.
Dalam hubungan ini Negara Syria telah
diundang untuk menyertai Persidangan kanak-kanak rosak Akhlak yang berlangsung
di Qaherah. Kita berharap persidangan itu akan membuahkan hasil yang baik. Saya
telah memohon kepada menteri kita supaya dapat membekalkan kita sekembalinya
dari persidangan tersebut dengan
pakar-pakar dari Mesir dalam bidang ini.Mereka telah melangkah jauh dan Berjaya
dalam lapangan tersebut.
Kajian yang mendalam dan teliti ini
tidak berkaitan dengan keluarga dalam semua segi . Apa yang penting bagi kita
ialah statistic yang saya sebutkan itu , iaitu 76% daripada kes jenayah dan
kesalahan kanak-kanak adalah berpunca dari suasana rumahtangga yang buruk.
Sebenarnya sebahagian besar keslahan kanak-kanak yang roska akhlak tedapat
keganjilan dalam tingkahlaku mereka adalah terletak kepada keluarga mereka
serta kepincangan kedudukan sosio ekonominya , serta kejahilan keluarga mereka
tentang prinsip pendidikan dan psikologi yang mudah. Justru itulah kebanyakn
bangsa-bangsa yang maju telah menubuhkan kelas-kelas malam untuk mengajar
ibubapa mengenai pengetahuan yang penting ini. Kejahilan tentangnya akan
menyebabkan berlakunya jenayah dikalangan kanak-kanak . Sebahagian dari mereka
mencuri kerana lapar dan kerana ibubapa mereka yang kedekut atau disebabkan
keroskan naluri ingin memiliki (disebabkan kejahilan ibubapa). Ada diantara
mereka yang bertindak kasr terhadap orang lain , akibat kesan daro kongkongan
dan layanan kasar yang diterima daripada ibubapanya, mengakibatkan mereka
ingin ingin melepas geram dengan
bertindak keatas orang lain.
Diantara faktor yang menyebabkan anak
menjadi liar ialah perbalahan kedua ibubapa mereka secara berterusan dihadapan
anak-anak serta niat jahat yang dirancang oleh suatu pihak untuk menganiayai
pihak yang lain.
No comments:
Post a Comment