Ramai ibubapa yang menyangka bahawa
pendidikan dan pengajaran kanak-kanak sesuai dengancara berkeras terhadap
mereka. Makin banyak hukuman keatas mereka makin bertambah baiklah pendidikan
serta kehalusan jiwa mereka . Ini jelas dari nasihat ibubapa kepada para guru,
“Daging kamu punya , tulang biar kepada kami”.
Ramai juga yang menyangka bahawa
kekersan dan kekasaran terhadap kanak-kanak itu kalau tidak Berjaya maka ia
akan merosakkan , malah akan berlalu begitu sahaja.Pandangan tersebut adalah
salah kerana setiap keksaran akan mempengaruhi jiwa dan fikiran kanak-kanak.
Kalu ia tidak ketara dengan cepat maka ia akan terpendamdalam jiwa mereka dan
suatu masa akan meledak dalam memberontak atau gila dan mungkin juga membawa
maut yang segera.
Baru-baru ini saya bertanyakan kepada
seorang yang ada ahli kelurga dirumahnya mengidap penyakit gila mengenai
bagaiman ia berlaku . Katanya : “beberapa tahun dahulu dia melakukan kesalahan
, ayahnya mahu mengajarnya . Si ayah lalu mengambil pisua itu dan berpura-pura
untuk membunuhnya dengan meletakkan itu dilehernya . Budak itu takut .
Keesokannya dia menjadi gila . Begitulah keadaannya sejak beberapa tahun .
Kemudian dia menyepikan diri sehingga sekarang.”
Seorang teman pula menceritakan kepada
saya bahawa nakgadisnya telah mencuri sedikit wang dirumah. Ayahnya mendapat
tahu hal itu dan mahu mengajarnya. Petang itu siayah mengambil pensil merah,
lalu menandakan diatas pergelangan tangan anaknya bulatan merah. Kata siayah
“pagi esok aku akan potong tangan engkau yang mencuri itu.” Malam itu sianak
tadi diserang demam panas dan tidak berapa hari kemudiannya meninggal dunia.
Saya menceritakan kisah itu kepada
seorang teman saya. Beliau mengejek saya sambil berkata: Saya ada kata-kata
sakti yang boleh dirakamkan dengan tinta emas”. Apakah katakatanya , Tanya saya
?Dunia ini tidak kurang dengan lelaki “ Saya mengulangi perkataannya smabil
berbisik pada hati saya, “Ya! Dalam pada itu mereka melahirkan anak dan
mendidiknya”.
Kita melihat suasana yang menyedihkan
serta menyayat hati dijalan-jalanraya. Suasana kanak-kanak diseksa serta
melakukan kerja-kerja diluar kemampuan mereka Suasana ayah atau guru mendera
mereka. Kanak-kanak tersebut adalah harapan masa hadapan dan tiang Negara dan
rangka yang akan kita binakan kemajuan kita.
Apa yang harus kita lakukan?
Kanak-kanak bukanlah milik ayah mereka
semata-mata. Malah ia adalah milik bangsa sepenuhnya. Oleh kerana itu
penyiksaan serta penganiayaan keatas mereka akan mendedahkahkan Negara kepda
ancaman. Justeru itu saya menggesa supaya ditubuhkan Persatuan mencegah
Kekejaman terhadap kanak-kanak (sama seperti Persataun mencegah Kekejaman
terhadap binatang), yang mempunyai kuasa menangkap dan membuat lapuran untuk
dirujukkan ibubapa yang melakukan jenayah keatas anak-anak mereka kepada
mahkamah.
Dibawah undang-undang buruh terdapat
peruntukan yang melarang kanak-kanak diambil bekerja. Undang-undang ini
bagaimanapun hanya dipatuhi oleh syarikat-syarikat dan kilang-kilang yang besar
sahaja.Saya dapati ramai dari kanak-kanak yang bekerja dikedai-kedai tukang
besi yang ditugaskan membawa rantai-rantai dan kepingan-kepingan besi. Mereka
berjalan smabil menangis kerana beratnya benda yang dipikul . Malah ada yang disebat
pula dengan cemeti.
Ini adalah pemandangan-pemandangan yang
biasa kita lihat disetiap tempat . Kita bertembung dengannya tanpa mengambil
perbandingan-perbandingan. Kita dalam hal ini sebenarnya samalah seperti orang
yang meruntuhkan rumahnya keatas dirinya sendiri. Jadi dengan ikhlas saya
menyeru supaya ditubuhkan “Persatuan Mencegah Kekejaman Kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment