Sesiapa yang belum habis qadha puasa tu cepat-cepatlah ganti. Berdoalah semoga kita berkesempatan ditemukan kembali dengan Ramadhan dalam keadaan sihat dan dapat melaksanakan ibadah puasa, tarawih, qiamulail dan yang seumpamanya dengan sempurna dan diterima oleh Allah SWT.
Petikan dari sebuah hadis bermaksud: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”
.
Moga kita dapat memanfaatkan peluang2 keemasan ini. Insyaallah!
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
.
Posted by; shafiqolbu
Bulan Rejab = salah satu dari bulan2 haram
Antara amalan² yang dianjurkan;
◆ Puasa.
- Kalau tak mampu buat banyak , jangan ditinggalkan semua.
- Kalau tak mampu buat banyak , jangan ditinggalkan semua.
- Boleh puasa pada Isnin Khamis atau 13, 14 & 15hb Rejab ini -bersamaan 23, 24 & 25hb Mei.
* 13, 14 & 15 rajab dikenali sebagai hari² putih setiap bulan hijrah.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan berpuasa juga pada hari Jumaat jika hari itu jatuh pada hari² putih tersebut. Ia hanyalah anjuran bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari bulan Rejab.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan berpuasa juga pada hari Jumaat jika hari itu jatuh pada hari² putih tersebut. Ia hanyalah anjuran bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari bulan Rejab.
Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam kitab As-Syamail tentang hari puasa sunat. Wa Allahu a'lam. Yang penting --> puasa ツ.
◆ Istighfar.
- Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat² dianjurkan".
- Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat² dianjurkan".
••► Penghulu istighfar;
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
✿ Kelebihannya: Sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu lps subuh dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk petang maka dia termasuk golongan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu Asar dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk pagi maka dia termasuk golongan ahli syurga.
~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah.
~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah.
••► Atau boleh juga amalkan istighfar ini;
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وتُبْ عَلَيَّ
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.
* Baca Subuh & Asar sebanyak 70x setiap hari.
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus حفظه الله).
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus حفظه الله).
◆ Membaca surah Al-Ikhlas sekurang2nya 3 kali.
◆ Membaca Al-Quran, perbanyakkan berdoa & lain² amalan soleh.
Berzikir sebanyak2nya
Alhamdulillah atas ni'mat Islam & Iman yang Allah anugerahkan pada kita di mana dengan 2 ni'mat itulah amalan di atas menjadi bermakna & mendapat ganjaran pahala di sisi Allah yang Maha Mulia.
Sudah hampir BULAN PESTA IBADAH -RAMADHAN-. Semoga kita sempat bersua dengannya, amin.
BY USTAZ ZAHAZAN
No comments:
Post a Comment