-abu anas madani
Khusyu' Sahabat Ketika Berzikir!
Burung Di Atas Kepala
Majlis Nabi shallallaahu alaihi wa sallam adalah majlis ilmu, zikir dan adab.
Alangkah beruntungnya orang yang berada dalam majlis Nabi shallallahu alaihi wa sallam.
Usamah bin Syarik radhiyallahu anhu menyebutkan sifat majlis Nabi shallallahu alaihi wa sallam:
أتيتُ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وآلهِ وسلَّمَ وأصحابُهُ عندَهُ كأنما على رؤوسهمُ الطيرُ قال فسلَّمتُ عليهِ وقعدتُ.
"Aku datang kepada Nabi shallallahu alaihi wa sallam sedangkan sahabat-sahabatnya di sisinya, seolah-olah ada BURUNG DI ATAS KEPALA MEREKA Lalu, atau mengucapkan salam kepada Nabi shallallahu alaihi wa sallam dan aku duduk" [Sunan Abi Daud 6/5 (3855)-Shahih]
Ibnu Qutaibah rahimahullah berkata ketika menjelaskan maksud perkataan BURUNG DI ATAS KEPALA MEREKA:
أنهم يسكتون فلا يتحركون ويغضون أبصارهم، والطير لا تسقط إلا على ساكن
"Mereka DIAM , TIDAK BERGERAK-GERAK dan MERENDAHKAN PANDANGAN mereka. Ini kerana burung tidak akan hinggap melainkan kepada benda yang diam (tidak bergerak-gerak)" [Gharib Al-Hadis 1/506]
Berpegang teguhlah dengan Sunnah Nabi shallallahu alaihi wa sallam dan sahabat-sahabatnya. Semoga Allah kurniakan kita untuk bersama-sama dalam majlis Nabi shallallahu alaihi wa sallam.
#Arar, 15/4/2015.
#Arar, 15/4/2015.
No comments:
Post a Comment