Thursday, April 16, 2015

Khasiat Air Beras

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد




1) Air basuhan beras yang pertama
Air basuhan pertama juga, boleh digunakan untuk mencuci ikan, ayam untuk menghilangkan bau hanyir yang ada pada ikan dan juga ayam. Ia juga boleh digunakan untuk membasuh sayur-sayuran untuk menghilangkan kekotoran dan juga ulat yang ada pada sayur. Air ini juga boleh dijadikan baja pokok kerana ia akan berbuah lebat. Contohnya, pokok cili dan lain-lain jika anda ada menanam pokok di rumah.
2) Air basuhan kedua
Untuk wanita yang inginkan kulit putih, gebu dan mulus semulajadi, ambil air beras basuhan kedua untuk membasuh muka. Ia juga amat sesuai buat mereka yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat. Air ini juga dapat menyerikan wajah, bagi orang Islam mereka mengamalkan bacaan selawat sebanyak tiga kali sebelum menyapukan air ke wajah.
Boleh dijadikan mandian bagi menggantikan susu dan juga scrub badan. Ia boleh digunakan begitu sahaja untuk mandian atau anda ingin campurkan dengan bunga-bunga agar lebih wangi dan membangkitkan aura positif di dalam badan. Khasiat air beras untuk dijadikan mandian amat baik untuk kulit kering dan kusam, hilangkan panas badan, mereka yang mengalami gatal-gatal, menghilangkan daki dan sebagainya.
3) Air didihan beras sebelum menjadi nasi
Hah!!! Khasiat air didih beras pun tidak kurang hebatnya. Anda boleh mengamalkan air didihan beras secara sejuk atau suam dengan campuran gula atau tidak. Khasiatnya, akan membuatkan suara menjadi lunak.
Jadi, selamat mencuba- bernama radio 24 smile emoticon-bernama radio 

No comments: