Saturday, April 11, 2015

WARNA DARAH HAID

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد




1) Merah kehitaman. Sabda Nabi s.a.w. "Darah haid tu berwarna kehitaman yang makruf (mampu dikenali oleh wanita bau dan warnanya) maka janganlah kamu solat. Dan sekiranya ia berwarna selain itu maka berwudhuklah. Sesugguhnya ia adalah darah penyakit."
2) Merah adarah. Ia juga adalah warna darah haid menurut Imam Hanafi. Tetapi Imam Syafie menolaknya bersandarkan hadith Nabi s.a.w tadi. Imam Hanafi berhujjah dengan ayat Al-Quran yang bermaksud;
"Apabila mereka bertanya kepadamu tentang haid, maka katakanlah haid itu adalah sesuatu yang kotor." Kotor tidak semestinya berwarna hitam.
3) Kuning (kebiasaannya pada remaja)
4) Coklat (seperti warna air yang kotor) berdasarkan kepada hadith Alqomah Bin Abi Alqomah;
"Janganlah kamu terlalu cepat mandi. tunggulah sehingga warna kuning itu bertukar menjadi betul-betul bersih."
PENDAPAT YANG RAJIH (KUAT) TENTANG WARNA DARAH
-Kuning dan coklat dikira haid dalam tempoh haid, tetapi selepas tempoh haid maka ia tidak dikira haid. Dalilnya hadith Ummu Atiyyah r.anha;
"Kami tidak mengira warna coklat dan kuning sebagai haid selepas tempoh suci."

No comments: